Revolusi Kontemporari Mengikut Zaman Zaman Penjajahan Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu dan beberapa negara sekitar Nusantara beberapa ratus tahun dahulu, mereka bukan sahaja mengubah corak kepimpinan Sultan-Sultan yang ada namun juga mengambil-alih tampuk pemerintahan di-Raja. Selepas itu, hasil kesenian masyarakat Timur atau di Nusantara diubah dengan kesenian Barat dengan cat air, lukisan catan dan falsafah seni dari Barat seperti Renaissance, Cubism, Surrealism dan seterusnya Pop Art. Umumnya kesenian Timur seperti ukiran kayu, seni khat, batik, seni tembikar dan kesenian lain dikatakan KRAFTANGAN atau CRAFTS. Kemudian mereka memperkenalkan seni visual seperti cat air dan cat minyak yang melukis potret atau merakam suasana perkampungan atau kemasyarakatan pada ketika itu. “Alah…,takpelah, seni tradisi ke, moden ke, janji masyarakat suka, okey lah tu..” Namun persoalannya siapa yang mengizinkan mereka, iaitu para penjajah untuk menyatakan bahawa kesenian masyarakat di Nusantara adalah Kraf dan bukannya seni visual ? Kesan penjajahan juga telah membawa masuk imigran-imigran dari negara China dan India dan berubahlah subjek seni visual kepada kebudayaan, bahasa dan sastera. Gaya yang diketengahkan juga berubah sehingga akhirnya seni visual masyarakat di Nusantara dianggap tradisional. Malah, kesenian masyarakat di Malaysia umumnya banyak mengetengahkan kebudayaan sosial masyarakat yang berbilang kaum. Kesenian tradisional masyarakat Timur divisualkan ke atas kanvas, sekeping kertas mahupun sebuah objek. Abdullah Ariff (1948) “Coconut Plantation- Dawn”, cat air, 38 x 56cm.