1 JURNAL PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN ISLAM (Bil. I, 105-135) PERANAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DAN KEBERKESANANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) DI SELANGOR (KOD PENYELIDIKAN : 210002004) AZIZAH MOHD RAPINI AYU NOR AZILAH MOHAMAD HAIROL ANUAR MAK DIN MUHIDIN MOKTER ABU ZAKI ISMAIL MOHD EHSAN AHMAD SOKRI Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Umumnya di antara kompenan penting dan diiktiraf kewujudannya di dalam sistem pendidikan di negara ini adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini mencerminkan betapa peri pentingnya peranan PIBG di dalam pembangunan sistem pendidikan melalui medium kerjasama di antara pihak pentadbiran sekolah yang bertanggungjawab di dalam urusan rasmi hal ehwal sekolah dengan PIBG selaku badan pelaksana yang mewakili para guru serta yang utama mewakili para ibu bapa murid yang juga merupakan pelanggan. Perkara yang sama turut dipraktikkan di dalam sistem