AL-FATEH BARU UMAT ISLAM: SEDIAKAH UMAT ISLAM KEMBALI MENAKLUK DUNIA OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL PENGENALAN Umum mengetahui umat Islam suatu masa dahulu pernah menakluk dunia, pernah menjadi agama yang dihormati dan dipegang masyarakat. Perkembangan Islam zaman Khulafa’ al- Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), kebesaran Daulah Bani Umaiyyah (paling terkenal Sultan Salahuddin al-Ayubi) dan Bani Abbasiyah, kehebatan Daulah Turki Uthmaniyyah (masyhur dengan kisah Sultan Muhammad al-Fateh penakluk Palestine), kemasyuran Tentera Tartar Muslim pimpinan Hulagu Khan yang menggerunkan musuh memberi impak dalam penyebaran Islam, ketokohan pemimpin Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Islam Jambi serta Patani menyebarkan Islam, merupakan antara catatan sejarah kehebatan Islam suatu ketika dahulu. Cerita lama yang disampaikan kepada setiap anak-anak dan remaja Muslim agar menjadi pencetus semangat dalam meneruskan usaha menghidupkan bara Islam. Huru-hara dalam dunia Islam dapat diperhatikan dengan banyaknya sekarang ini. Muncul pelbagai bentuk ancaman atau halanganyang mengelirukan umat Islam. Mungkin senang bagi umat Islam untuk menuduh ini adalah angkara musuh-musuh Islam. Ya, memang tidak dinafikan bahawa Islam memang memiliki musuh di segenap pelusuk dunia, seperti hadith Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya: Islam itu asing pada mulanya dan akan kembali asing pada akhirnya. Jika sudah diketahui musuh umat Islam yang akan menghuru- harakan agama Islam, sejauh mana persiapan umat Islam untuk menghadapi semua itu? Secara analoginya jika sudah tahu berapa kilometer jauhnya jarak untuk balik kampung,