1 BENARKAH ALAM SEMESTA INI SEBUAH HOLOGRAM? Mohd Hafizudin Kamal* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) E-mail: einsteinhafis@gmail.com Abstrak Pengenalan prinsip holografik (Holographic Principle) ini merupakan salah satu idea yang menghubungkan interaksi di antara alam semesta dengan graviti. Prinsip ini dapat dijelaskan dengan menggunakan pendekatan Teori Medan Kuantum (Quantum Field Theory) di mana teori ini telah lama digunakan sebagai alat untuk menjelaskan ruang lengkungan yang pelik. Daripada ujikaji atau kajian sebelumnya mendapati prinsip hologram ini teritlak pada ruang yang rata. Maka dengan itu, alam semesta yang memiliki ruang lengkungan yang rata bermatra 2 dapat dilihat dalam keadaan 3-matra yang dikenali sebagai Hologram. Oleh yang demikian, apakah perkaitannya dengan Kuantum Graviti Tetali (String Quantum Gravity), AdS/CFT, Tolok Kedualan (Gauge Duality). Adakah kesemua teori ini dapat mengukuhkan/menjelaskan bukti dan hujah yang menyatakan bahawa alam semesta ini sebuah Hologram? 1 MUKADIMAH Dalam hipotesis holografik, di mana hubungan di antara alam semesta dengan graviti dapat dijelaskan menggunakan teori medan kuantum pada matra yang sedikit/kurang. Sebelum melanjutkan perbincangan mengenai hipotesis ini, permulaan kepada idea holografik ini adalah bermula dengan penjelasan mengenai paradoks maklumat yang berlaku disebabkan oleh sinaran Hawking (Hawking radiation), situasi ini dikenali sebagai termodinamik lohong hitam (Black Hole Thermodynamics). Penerangan tersebut perlulah diambil kira bertujuan untuk menjelaskan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hologram. Teori kuantum graviti tetali digunakan bagi menjelaskan atau menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam hipotesis holografik ini dengan menggunakan pendekatan AdS/CFT. Pendekatan ini cuba menyatakan bahawa lohong hitam yang mempunyai 5-D ruang AdS adalah sama dengan ruang rata 4-D bagi medan zarah dan sinaran. Sewaktu persidangan di Stockholm pada 28 Ogos 2015, Stephen Hawking telah membuat pengumuman di mana beliau telah berjaya menyelesaikan paradoks maklumat ini yang sudah kurun lamanya masalah besar ini menimpa di kalangan ahli fizik teori. Konflik ini tercetus apabila teori kerelatifan Am cuba menjelaskan teori kuantum mekanik dan model