MANU Bil. 23, 21-42, 2016
ISSN 1511-1989© Wan Hasmah Wan Teh
Abstrak Ideologi feminis menyumbang kepada fahaman bahawa lelaki dan
perempuan dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan yang berbeza ketika
menghasilkan sesebuah karya kreatif. Feminis percaya bahawa pengarang
lelaki tidak dapat menampilkan dimensi kejiwaan perempuan kerana mereka
tidak pernah merasai pengalaman sebagai seorang perempuan. Ideologi
seperti ini muncul sebagai tindak balas terhadap kebanyakan karya yang
dihasilkan oleh pengarang lelaki yang sering mempersembahkan watak
perempuan sebagai the second sex, terpinggir, bisu dan lemah dalam sistem
sosial yang didominasi oleh lelaki. Walau bagaimanapun, tindakan pengarang
lelaki ini tidak boleh dihukum kerana kegagalan mereka memahami dimensi
perempuan yang berbeza dari diri mereka. Pencitraan perempuan daripada
perspektif pengarang lelaki harus dilihat daripada konteks masyarakat dan
budaya yang meletakkan stereotaip tertentu mengikut jenis kelamin. Bertitik
tolak daripada fahaman tersebut, makalah ini mengupas konsep gender
yang dibentuk oleh masyarakat sosial serta meneliti imej stereotaip lelaki
yang dikenali sebagai gender maskulin dan imej stereotaip perempuan yang
dikenali sebagai gender feminin. Hasil dapatan makalah ini mendapati
pengarang novel Seri Dewi Malam telah mengubah fahaman pembaca
tentang pengarang lelaki dalam mencitrakan imej perempuan dan menolak
stereotaip sedia ada dengan menonjolkan imej positif yang dimiliki oleh
watak Rohana sebagai gender feminin yang meruntuhkan stereotaip gender
maskulin watak-watak lelaki di dalam novel.
Kata kunci: feminis, sistem sosial, konsep gender, stereotaip, maskulin,
feminin
Abstract The feminist ideology argues that the production of a creative work
amongst male and female author is deined by their speciic life and gender
experience. Feminists believe that male authors are unable to tap into the
Maskuliniti yang Diruntuhkan Feminiti: Satu Penelitian Stereotaip
Gender dalam Novel Seri Dewi Malam Karya Afifudin Haji Omar
WAN HASMAH WAN TEH
Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang, Malaysia.
hasmahwt@usm.my