1.0 PENDAHULUAN “Hikayat Merong Mahawangsa” mempunyai 113 halaman bertulis dan hikayat ini ditulis dalam tulisan jawi. Penulisan hikayat ini didorong oleh raja Kedah iaitu Sultan Mua’zam Shah ibni Sultan Mudzalfal Shah. “Hikayat Merong Mahawangsa” telah diterjemahkan kepada tulisan rumi oleh Encik Muhammad Yusuf bin Nuruddin pada tahun 1898. Hikayat ini tidak mempunyai nama pengarang dan pengarang ini hanya menggunakan kata ganti nama diri sebagai “fakir” serta hikayat ini juga tidak mempunyai tarikh pengkaranganya. Menurut pendapat beberapa orang sarjana, agama Islam sudah mula bertapak di negeri Kedah pada tahun 1474 1 . Oleh itu, hal ini terbukti bahawa hikayat ini telah ditulis selepas pada tarikh tersebut. Dr. C. Hooykaas berpendapat bahawa hikayat ini ditulis pada abad ke 18. Menurutnya lagi pada waktu itu, dikatakan bahawa masyarakat Melayu telah lama mengetahui isi kandungan hikayat ini kerana telah tersebar melalui mulut ke mulut dan pada abad ke 19 barulah hikayat ini dicetak. 2 Penulisan “Hikayat Merong Mahawangsa” ini banyak menggunakan unsur-unsur mitos dan lagenda. “Mitos ataupun realiti”, itulah persoalan yang sering diperdebatkan dalam kalangan sejarawan professional yang berkaitan dengan isu kesahihan histriografi Melayu tradisional. 3 Penghasilan karya-karya histriografi ini dipandang tinggi oleh para sejarawan. Dasar penulisan karya ini dibuat secara kasarnya dengan mengabadikan sejarah awal negara berkenaan untuk dijadikan pengetahuan generasi akan datang. Selain itu, hikayat ini juga bertujuan untuk mengekalkan dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya. 1 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. xii. 2 Dzulkifli bin Mohd Salleh. 1973. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. xiii. 3 Si Hawa Haji Salleh. (1989). Antara Mitos dan Reali. Kuala Lumpur: Dewan Sastera. hlm. 77 1