Proceeding of the Second International Conference on The Role of the Humanities and Social Sciences in Engineering (ICoHSE 2010) PROMOSI UniMAP: KEBERKESANAN DAN HALA TUJU Julinawati Suanda a , Prof. M adya Che M ohd. Ruzaidi Ghazali b , M ohd. M ustafa Al Bakri Abdullah b , Zuber Haji M ohamad c Ruzalina I bnu Ruslan d , Nor Azmah Abd. Karim c a Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan, b Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Jabatan Canselori c & Jabatan Pendaftar d Universiti Malaysia Perlis, P.O Box 77, d/a Pejabat Pos Besar, 01007 Kangar, Perlis. e-mel : julina@unimap.edu.my __________________________________________________________________________________ ABSTRAK Kajian ini dibangunkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan semua pelaksanaan aktiviti promosi melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Kajian ini akan menggunakan kaedah kaji selidik yang mana soalan kaji selidik yang terdahulu dibangunkan mengandungi butiran peribadi responden dan 7 soalan utama berkisar mengenai promosi UniMAP. Soalan dibangunkan dengan menggunakan skala 1 (Setuju), 2 (Berkecuali) dan 3 (Tidak Bersetuju) serta soalan pillihan yang diberikan. Soal selidik diedarkan semasa Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2010/2011. Kaedah kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Analisis dibuat menggunakan aplikasi Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Promosi yang dipelbagaikan di UniMAP merupakan medium utama untuk menarik bakal pelajar untuk mengenali UniMAP dan seterusnya memilih UniMAP sebagai pilihan 1-8. Kajian ini akan memaparkan keberkesanan segala strategi yang telah dibangunkan untuk menarik perhatian bakal pelajar dan kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Kajian keberkesanan ini penting untuk menilai sejauh mana relevannya penggunaan kaedah yang diaplikasikan sebelum ini. Kajian seterusnya dapat digunakan oleh Jawatankuasa Promosi Universiti untuk menilai sama ada masih relevan atau tidak kaedah promosi yang digunakan sekarang dan seterusnya dapat membawa kepada pembangunan kaedah- kaedah terbaru yang dirasakan perlu. Kata kunci - Promosi, Kaedah, Keberkesanan, Relevan __________________________________________________________________________________ PENGENALAN Promosi atau bentuk komunikasi yang berlaku bagi memasarkan produk (program- program yang ditawarkan di UniMAP) kepada pembeli (bakal pelajar, ibubapa pelajar, dan orang awam) (Muhd. Abi Sofian Abd. Halim, 2005) merupakan salah satu keperluan setiap universiti dalam memperkenalkan dan memperkukuhkan jenama universiti tersebut kepada masyarakat umum. Pelbagai kaedah promosi yang diguna pakai oleh universiti antaranya pameran, ceramah, ‘ roadshow’ , media cetak, media elektronik dan sebagainya. Promosi dijadikan medium utama untuk menarik pelajar-pelajar lepasan matrikulasi, STPM, diploma, SPM dan sebagainya untuk menyambung pengajian ke universiti yang menjadi pilihan mereka. UniMAP tidak ketinggalan mengadakan pelbagai kaedah promosi untuk memperkenalkan universiti ini kepada umum. Pelbagai kaedah digunakan dan pelbagai program dianjurkan dalam mempromosikan UniMAP supaya mempunyai