1.0 PENGENALAN Hakka merupakan suku kaum China kedua terbesar di Malaysia. Sejak 1800an, orang- orang China telah mempunyai hubungan dengan penduduk Asia Tenggara. Perhubungan ini lebih merupakan perhubungan bercorak diplomatik. Berhubungan dengan ini, kebanyakkan maharaja China menghantar utusan mereka ke Asia Tenggara serta Pulau Borneo (Sabah). Penubuhan Syarikat Borneo Utara pada tahun 1881 telah mengalakkan imigrasi orang-orang Hakka ke Sabah secara beramai-beramai. Pada tahun 1882, syarikat tersebut memilih untuk membawa masuk buruh dari Longchuan County, Guangdong. Kelompok pertama yang mempunyai 96 orang Hakka dibawa masuk ke Kudat, Sabah pada 4 April 1883 di bawah kepimpinan Luo Tai Feng. Seorang lelaki Hakka terkenal iatu Yap Ah Loy merupakan seorang Kapitan Cina di Kuala Lumpur dari 1868 hingga 1885. Beliau mengasaskan Kuala Lumpur dan merupakan seorang tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum Cina. Di daerah Jelebu, Negeri Sembilan, suku Hakka membentuk lebih daripada 90% daripada suku kaum Cina yang lain dan dialek itu sendiri bertindak sebagai lingua franca di sana. Penumpuan terbesar Hakka di utara Semenanjung Malaysia ialah di Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur. Penumpuan kepada orang Hakka di Ipoh dan kawasan sekitarnya adalah sangat tinggi. Sebilangan kecil daripada orang Hakka juga terdapat di Melaka dan Miri, Sarawak. 1