INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 7 TH SERIES 2017 1 KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN INDIVIDU MASALAH PENDENGARAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN (The employability skill among hearing impaiment and The Implication Toward Educational Programs) Madinah Mohd Yusof a , Mohd Hanafi M ohd Yasin b , Mahidin Awang Itam c a Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia. b Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. c Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Malaysia. e-mail : madinahmohdyusof@gmail.com Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemahiran kebolehkerjaan individu masalah pendengaran dan implikasi terhadap perancangan program pendidikan. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual sebagai data utama, di samping analisis dokumen dan pemerhatian sebagai data sokongan. Sampel kajian daripada 19 orang peserta yang melibatkan pentadbir sekolah, ketua bidang kemahiran, kaunselor, majikan, wakil NGO dan pegawai Jabatan Tenaga Kerja. Data kualitatif dianalisis menggunakan perisian Nvivo 7 bagi mendapatkan tema yang tekal dan konsisten untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan menunjukkan individu masalah pendengaran mempunyai berkemahiran dalam kemahiran teknikal, kemahiran informasional, dan kemahiran interpersonal bersama komuniti bermasalah pendengaran. Mereka juga menunjukkan komitmen dan pencapaian yang tinggi dalam pekerjaan. Pihak majikan berpendapat komunikasi bukan halangan kepada individu masalah pendengaran untuk berjaya dalam pekerjaan. Manakala dari aspek kelemahan pula, individu masalah pendengaran di dapati mempunyai masalah dalam aspek kemahiran asas yang meliputi kemahiran membaca, menulis dan kemahiran berfikir. Mereka juga mempunyai masalah dalam keyakinan diri, masalah dalam pengekalan kerja, masalah dalam kemampuan sosial di samping mempunyai sedikit masalah disiplin. Oleh yang demikian, perancangan program pendidikan perlu berfokus kepada pembangunan diri individu masalah pendengaran. Kata Kunci: Masalah pendengaran, kemahiran kebolehkerjaan, program pendidikan Abstract: This study aimed to obtain information on the individual skills of the employability of hearing problems and their implications for the educational programs to individuals with hearing disabilities. This study is a case study using the interview as the primary data, in addition to document analysis and observations as supporting data. A sample of 19 participants involving school administrators, head of skills department, counselors, employers, NGO representatives and officers of the Department of Labor. Qualitative data were analyzed using the software NVivo 7 to obtain a consistent theme to answer the research questions. The findings indicate individuals with hearing impairment are good performance in occupational skills such technical, informational skills, and interpersonal skills especially with deaf community. They also show the commitment and achievement of high employment. The employer believes communication is not an obstacle to individual hearing problems to succeed in the job. While in terms of weakness, the individual found to have a hearing problem in terms of basic skills such as reading, writing and thinking skills. They also have problems in self-confidence, problems in maintenance work, problems in social skills in addition to having fewer discipline problems. The design of education programs should focus on the development of self determination. Keywords: Hearing Impairement, Employability Skill, Transition programme PENDAHULUAN Pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Pendidikan adalah cara yang paling berkesan untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan yang bahagia. Individu kurang upaya, khususnya individu pekak juga mempunyai minat, hasrat, dan cita-cita yang setanding dengan individu yang biasa. Oleh yang demikian, individu kurang upaya juga perlu diberi peluang pendidikan yang setanding dengan rakan mereka yang tipikal. Anjakan paradigma dalam ekonomi negara sekarang memerlukan perubahan dalam pendidikan yang lebih menjurus kepada keperluan individu itu sendiri. Secara lebih spesifik, perkembangan yang ada pada hari ini memerlukan kita meneroka peluang pendidikan yang berfokus kepada memberikan kemahiran kepada pelajar untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan berketerampilan khususnya kepada individu masalah pendengaran.