MIQOT Vol. XXXIII No. 2 Juli-Desember 2009 274 MODAL INSAN DAN KEPENDUDUKAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA MENURUT IBN KHALDUN Joni Tamkin Borhan Che Zarrina Sa’ari Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya, 50603Kuala Lumpur, malaysia e-mail: joni@um.edu.my dan zarina@um.edu.my Abstract: Human Capital and Demography In State Building in the Thought of Ibn Khaldun. The career and thought of Ibn Khaldun has been an object of study for quite a long period of time, yet much aspects seem to be unceasinly attracting scholars’ attention. The present article discusses Ibn Khaldun’s view of human resource and its use in state development. The underlying argumentation of Ibn Khaldun’s seems to be the importance of religion as the salient force of development. Any other natural or social forces-like the ashabiyyah and the natural suvival tendencies-by itself cannot be sufficient as the basis of civilized development. Kata Kunci: Ibn Khaldun, modal insani, pembangunan Pendahuluan Kehebatan, keunggulan, dan keaslian pemikiran Ibn Khaldun dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dapat dibuktikan dengan ditemukannya karya tulis beliau yang diberi judul Muqaddimah. Karya yang terkenal ini adalah sebuah pengantar bagi penulisan sejarah dunianya, yaitu Kitâb al-‘Ibâr wa Diwân al-Mubtada’ wa al-Khabar fî Ayyam al- ‘Arab wa al-‘Ajam wa al-Barbar wa Man ‘Asarahum min Dhawi al-Sulthan al-Akbar. 1 Gagasan dan pandangan yang dikemuakakan Ibn Khaldun dalam Muqaddimah telah mempengaruhi perubahan pemikiran dan daya intelektual yang hebat terhadap masyarakat dunia, sehingga A.J.Toynbee, seorang ahli sejarah, pernah mengungkapkan: “Muqaddimah is the greatest work of its kind that has ever been created by any mind in any time or place” . 2 1 Buku ini mengandung tujuh jilid berdasarkan cetakan Bulaq, 1284 H. Pendahuluannya dinamakan Muqaddimah. 2 Arnold Toynbee, A Study of History, jilid III (Oxford: Oxford University Perss,1935), h. 322.