1.0 PENGENALAN Sebelum abad kesembilan belas, Sabah merupakan sebahagian kawasan yang dimiliki oleh Kesultanan Brunei. Keghairahan pada zaman imperialis memperlihatakn kuasa-kuasa Barat telah menjatuhkan kuasa pemerintahan Brunei dengan melakukan desakan terhadap Sultan Abdul Mu’min. Penaklukan Sabah dilihat mempunyai rentetan peristiwa yang agak berpanjangan sebelum secara rasmi mendapat Piagam Diraja daripada Kerajaan British di London. Perkara ini diceritakan dalam buku Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Peribumi Sabah di mana Sabah saling bertukar tangan diantara penjajah British bermula daripada Charles Lee Moses pada tahun 1865 hingga ke Alferd Dent. 1 Alferd Dent mengambil tindakan dengan menubuhkan persatuan sementara ( Provisional Association ) bersama-sama adiknya Edward Dent untuk mendapatkan modal bagi mengusahakan tanah di Sabah. Bagi mencapai keuntungan, mereka menjual semua hak mereka ke atas tanah di Sabah kepada Provisional Association dengan bayaran £120,000. Disebabkan perlindungan Kerajaan British akan meninggikan taraf persatuan mereka, maka para pelabur modal dalam Provisional Association bersungguh-sungguh mencari jalan bagi mendapatkan pengiktirafan Kerajaan mereka. Usaha mereka berjaya apabila Kerajaan British menganugerahkan persatuan mereka dengan Piagam Diraja (Royal Charter) kemudian pada tarikh 1 November 1881 mereka secara rasmi digelar sebagai Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) dan presidennya ialah Sir Rutherford Alcock dan Alferd Dent sebagai Pengarah Urusan Syarikat tersebut. 2 Piagam Diraja ini tidak lain adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan British di Sabah, dan perkara ini dibantu oleh Gebenor Labuan iaitu William Hood Treacher dan William Clarke Cowie di mana apabila Dent berjaya mendapat 1 Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran : Masyarakat Peribumi Sabah 1881-1963, Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm. 49. 2 James P. Ongkili, “Kelekaan Ekonomi Kompeni Berpiagam Sabah, 1881-1941.”, dalam Malaysia In History, Vol XVI, Number 1, UDN 6935, Kuala Lumpur : Malaysia Historical Society, 1981, hlm. 2. 1