MBI DEFINISI MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBI) Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. TUJUAN MBI Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. STRATEGI PELAKSANAAN MBI MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS Strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut: · Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris · Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah · Asas Berbahasa (Back to Basics) · Didik Hibur – Modul Language Arts · Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris · Penetapan Model Bahasa Inggeris · Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah · Sumber P&P – Makmal Komputer · Guru : Contact Time Berkualiti · Perkongsian dan Jaringan Guru · Kepimpinan Sekolah