1 METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN EMPAT KEMAHIRAN Zamri Ahmad, 1 Ibtisam Abdullah, 2 zammad@ukm.edu.my 1,2, Unit Bahasa Arab, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak : Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua semakin berkembang di Malaysia. Di dalam sistem pendidikan Malaysia, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mempunyai banyak tujuan. Antara tujuan utamanya adalah memahami isi kandungan al-Quran, mendalami ajaran agama Islam dan memahami istilah-istilah Arab yang digunakan di dalam pelbagai bidang ilmu. Namun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diambil dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini. Malah ramai ahli pendidik telah membincangkan tentang metode pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan. Metode merupakan sesuatu yang penting dalam menjayakan satu-satu tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji metode dan pendekatan apakah yang telah diaplikasikan oleh para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berasaskan empat kemahiran. Empat kemahiran tersebut adalah kemahiran membaca, bertutur, menulis dan mendengar. Malah kajian ini juga melihat bagaimana metode dan pendekatan yang telah diaplikasikan oleh para pendidik bagi mengatasi masalah kelemahan para pelajar dalam memahami dan menguasai bahasa Arab ini. Kata kunci : Bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran, metode dan pendekatan PENGENALAN Bahasa Arab merupakan bahasa yang sangat penting dan terunggul berbanding dengan bahasa-bahasa lain terutama di sisi agama Islam. Bahasa Arab juga dianggap sebagai bahasa yang paling tua dan sentiasa berkembang dari satu masa ke satu masa. Malah kedudukan bahasa Arab di sisi agama Islam sangat istimewa dan unik lantaran ia merupakan bahasa al- Quran, di mana al-Quran telah diturunkan dengan bahasa ini. Sehubungan dengan itu, asal- usul Islam dan ilmu yang berkaitan dengannya adalah dalam bahasa Arab, diturunkan melalui perantaraan Jibrail a.s dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya sehingga sampai kepada kita hari ini dalam bahasa yang kita miliki. Bahasa Arab juga merupakan bahasa rasmi diseluruh dunia dan salah satu bahasa utama yang digunakan di dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu. Apabila bahasa Arab berkembang, maka ramai ilmuan berminat untuk mempelajari dan mengkaji bahasa Arab. Di samping mereka mempelajari bahasa Arab mereka akan Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9