(A) Peraturan, Pengurusan dan Disiplin Guru 1 Masa Ketibaan dan Ketepatan Masa Semua guru mestilah sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7.20 pagi setiap hari persekolahan. Guru- guru mestilah menepati masa ketika melaksanakan tugas (kurikulum/ko-kurikulum). 2 Perhimpunan Umum / Rasmi Perhimpunan Umum diadakan pada tiap-tiap hari ISNIN. Semua guru dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat pada waktunya. Guru bertugas mestilah membuat persediaan yang lebih awal. Guru-guru diminta mengikuti aturcara perhimpunan bersama-sama dengan murid-murid. 3 Kedatangan Guru Di Sekolah 3.1 Semua guru diwajibkan ‘Punch-in’ apabila sampai ke sekolah dan ‘Punch-out’ sebelum meninggalkan sekolah. Jika tidak ‘punch card’, maka guru berkenaan adalah dianggap tidak hadir atau datang lewat. Guru-guru yang datang lewat tanpa sebab munasabah haruslah menjelaskan kepada Guru Besar. 3.2 Guru-guru yang bertugas semasa Kokurikulum diwajibkan mencatat kedatangannya di dalam Buku Kedatangan (Kokurikulum) di pejabat. 4 Meninggalkan Kawasan Sekolah Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran Guru Besar dengan mengisi Borang Kebenaran Meninggalkan Sekolah. Sebolehnya hendaklah elakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuan-tujuan peribadi. 5 Buku Ringkasan Mengajar 5.1 Buku ringkasan mengajar hendaklah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat sekolah / bilik Guru Besar setiap hari Jumaat. 5.2 Buku ringkasan mengajar hendaklah ditulis dengan lengkap dan betul sebagaimana yang telah diwarankan. 6 Buku Kedatangan Murid Guru Kelas (masing-masing) dikehendaki mengisi semua butir-butir murid berkenaan dalam Buku Kedatangan Murid . Buku tersebut hendaklah dipulangkan ke pejabat sekolah selepas waktu pertama setiap hari persekolahan. Guru tidak dibenarkan membawa pulang atau simpan Buku Kedatangan Murid di rumah atau dalam kelas. 7 Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum (Permainan / Sukan / Permainan / Kelab / Kelab Beruniform) Buku Laporan Kegiatan Kokurikulum mesti dilengkapkan dan disimpan di bilik PK Ko-kurikulum selepas aktiviti dijalankan. 8 Fail dan Dokumen Murid Segala fail dan dokumen murid mesti disimpan di atas rak atau almari di dalam bilik darjah atau bilik PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir untuk memudahkan pencarian fail. Guru-guru kelas adalah bertanggungjawab untuk memastikan kandungan fail setiap murid adalah lengkap. 9 Pakaian Semua guru hendaklah berpakaian kemas, dan lengkap dengan tanda nama semasa berada di sekolah. 9.1 Guru Perempuan : Memakai pakaian yang sesuai waktu bertugas. 9.2 Guru Lelaki : Jangan pakai sport-shirt dan jeans / berambut panjang melebihi kerongkong leher baju dan telinga. 9.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa perhimpunan hari Isnin 9.4 Guru diwajibkan berpakaian sukan semasa pengajaran Pendidikan Jasmani. 10 Pelawat Pelawat-pelawat (ibu bapa, sahabat, wakil penjual dan lain-lain) tidak dibenarkan berjumpa guru-guru tanpa kebenaran Guru Besar. 11 Disiplin Sekolah Setiap guru harus memastikan bahawa peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh murid-murid sepenuhnya. Setiap guru adalah guru disiplin dan menjalankan tugasnya. 12 Hukuman Berat Tiada seorang guru pun dibenarkan mengenakan sebarang hukuman berat (seperti rotan / slapping) terhadap murid-murid. Hukuman biasa yang memalukan murid adalah tidak dibenarkan. 13 Kutipan Wang Guru-guru tidak dibenarkan mengutip sebarang wang / yuran daripada murid-murid kecuali dengan kebenaran Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang, rekodnya atau rekod akaun mesti disimpan dengan teliti.