Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no.1 (2017) page 194–207| gbse.com.my | eISSN 24621714| 194 PEMBINAAN MODUL PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK PELAJAR PINTAR BERBAKAT: MODEL PERMATA INSAN (THE DEVELOPMENT OF QURAN EDUCATION FOR GIFTED AND TALENTED STUDENTS: PERMATA INSAN COLLEGE’S TOUCH) Ahmad Bazli Bin Ahmad Hilmi 1 Zulkarnin Zakaria 2 Mahiz Spawi 3 Abstrak Jumlah institusi pendidikan di Malaysia yang menerapkan gabungan kurikulum akademik dan tahfiz Al-Quran dilihat semakin bertambah dewasa ini. Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal tersebut apabila Kurikulum Tahfiz Bersepadu (KTB) diperkenalkan pada tahun 2015 dan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Kepelbagaian pendekatan dalam pembangunan modul tahfiz di setiap institusi memberikan satu ruang dan peluang untuk modul-modul tersebut dinilai, diperhalusi dan seterusnya diangkat sebagai amalan terbaik dalam pelaksanaan pendidikan Al-Quran. Kajian ini mengetengahkan modul pendidikan al-Quran PERMATA Insan yang bersifat holistik dan tidak terhad kepada hafazan al-Quran sahaja. Modul ini dibangunkan berdasarkan penilaian yang dijalankan terhadap modul-modul tahfiz sedia ada. Empat aspek utama menjadi landasan dalam pembangunan modul tersebut iaitu memenuhi hak-hak al-Quran terhadap manusia (Al-qiraat, al-hifz, al-fahm, al-‘amal dan al-tabligh), pendekatan VARK (Visual, Aural, Read/write and Kinesthetic), mengambil kira pendekatan sistem pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar pintar berbakat yang dikenali dengan Differentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT) dan penggunaan teknologi semasa. Modul ini meliputi kemahiran mengingat, memahami, mengguna pakai dan analisis dalam Taksonomi Bloom. Pelaksanaan modul ini diharapkan dapat menjadi panduan dan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan yang ingin melaksanakan program pendidikan al-Quran dalam sistem akademik. Kata kunci: hak al-Quran, DMGT, dan VARK 1 Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Tel: +60148414739 E-mail: ahmadbazli@usim.edu.my 2 Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Tel: +60192266909 E-mail: zulkarnin@usim.edu.my 3 Pensyarah, Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Tel: +60132932467 E-mail: mahiz@usim.edu.my