Jurnal Pengurusan 34(2012) 123 - 136 Proses Pengantarabangsaan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS): Mengenal Pasti Dimensi Melalui Teknik Delphi (Internationalization Process of Small to Medium Enterprises (SMEs): Indentifying Dimensions via Delphi Technique) Zizah Che Senik Zafir Khan Mohamed Makhbul (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia) Rohani Yusof (Potiteknik Bukit Mertajam Penang) Rosmah Mat Isa (UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia) Ridzuan Md Sham (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, UniKL-Malaysian Franch Institute) ABSTRAK Kajian ini telah mengenal pasti dimensi dan sub-dimensi dalam proses pengantarabangsaan enterpris kecil dan sederhana (EKS). Sorotan literatur mendapati tiada suatu perspektif pun yang boleh menerangkan proses pengantarabangsaan secara menyeluruh kerana isu ini adalah kompleks dan baharu. Justeru, kajian ini mengintegrasikan lima teori dan perpektif iaitu Model Uppsala, teori Jaringan, teori Born-global, teori Keusahawanan Antarabangsa, dan perspektif Berasaskan Sumber bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pengantarabangsaan. Metodologi kajian menggunakan Teknik Delphi di mana temu bual dengan 32 orang pakar bidangan dijalankan bagi memperoleh pandangan yang konsensus mengenai proses pengantarabangsaan EKS di Malaysia. Kajian ini mendapati lima dimensi utama iaitu faktor penggerak, faktor dalaman dan luaran, faktor jaringan, mod kemasukan dan pasaran, dan halangan dan cabaran yang bertindak sebagai pemangkin bagi EKS menembusi pasaran antarabangsa. Penemuan kajian telah memperkasakan teori/model berkaitan dengan proses pengantarabangsaan, selain membantu dalam menggubal polisi negara, meningkatkan pengetahuan bagi pemilik/pengurus EKS, dan juga menjadi perintis untuk kajian-kajian dalam isu EKS. ABSTRACT This study identiies the dimensions and sub-dimensions of the internationalization process of small to medium-sized enterprises (SMEs). Previous literature found that there is no speciic perspective that can explain the internationalization process as a whole because this issue is complex and new. Thus, this study integrates ive theories and perspectives, namely Uppsala model, network theory, Born-global theory, the theory of International Entrepreneurship, and the Resource-based view to identify the factors that inluence the internationalization process. The study utilizes Delphi technique through interviews with 32 experts to obtain their views and reach consensus about the SMEs internationalization process in Malaysia. This study reveales ive key dimensions including driving factors, both internal and external factors, network factors, market entry mode, and the obstacles and challenges that act as catalysts for the SMEs to penetrate the international markets. The study extends the theory/model related to the internationalization process. It may also assist in the formulation of national policies, increasing knowledge of the owners/managers of SMEs. This study provides suggestions for future research on the issue of SMEs. PENGENALAN Penglibatan enterpris kecil dan sederhana (EKS) dalam aktiviti pengantarabangsaan semakin meningkat, dan kini menjadi satu trend utama untuk perkembangan perniagaan dan mencapai kelestarian sesebuah firma. Peningkatan jumlah EKS yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa berlaku di seluruh dunia (Camino & Cazorla 1998; Lamb & Liesch 2002). Smith (2007) menjangkakan pada tahun 2015 semua EKS bakal beroperasi di peringkat antarabangsa sama ada dengan mengeksplotasikan peluang-peluang untuk ke peringkat global atau melibatkan pengoperasian perniagaan ke luar negara secara langsung. Andaian ini amat relevan memandangkan persekitaran perniagaan terkini yang beroperasi merentasi sempadan sama ada secara fizikal ataupun maya. Kajian tentang proses pengantarabangsaan EKS hanya baru bermula dua abad yang lepas (Lloyd-Reason & Sear 2007). Walau bagaimanapun ia banyak dilakukan di negara-negara maju di barat (Coviello & Munro 1997; Gemser et al. 2004; Leonidou & Katsikeas 1996; Moen & Servais 2002; Wickramasekera 2004) manakala amat sedikit kajian yang dilakukan di negara sedang membangun seperti Malaysia (Che Senik et al. 2010). Bab 11.indd 123 6/18/2012 10:40:57 AM