(2016) 20 JUUM 1 - 22 https://doi.org./10.17576/juum-2016-20-01 Kebebasan Asasi dan Remedi di Malaysia: Satu Kajian daripada Perspektif Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957 (Fundamental Liberties and Remedies in Malaysia: A Study of the Historical Perspective in the Making of Federal Constitution 1957) GAN CHEE KEONG AbStRAK Kebebasan asasi adalah penting kepada setiap umat manusia kerana ia merupakan kebebasan yang dimiliki oleh setiap umat manusia sejak dilahirkan di dunia ini. Kebebasan asasi ini tidak boleh dinaikan berdasarkan warna kulit, etnik, agama, umur, jantina, bahasa, fahaman politik dan status sosial. Ia merupakan asas kepada kewujudan umat manusia. Demikian, kebebasan asasi perlu dipelihara dan dijamin dengan baik di bawah undang-undang. Walau bagaimanapun, kebebasan asasi adalah tidak bermakna kecuali terdapat jaminan untuk memastikan kebebasan asasi tersebut dapat dikuatkuasakan secara berkesan melalui remedi. Setiap Perlembagaan bertulis mempunyai peruntukan yang menyatakan kebebasan asasi dan remedi berperlembagaan, yang mana ini telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Kanada, Amerika, India, Afrika Selatan, Hong Kong, dan kebanyakkan negara-negara lain dalam Komanwel. Di Malaysia, kebebasan asasi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi telah diperuntukkan di bawah undang-undang biasa. Artikel ini bertujuan mengkaji kebebasan asasi dan remedi di Malaysia daripada perspektif sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. Kajian sejarah ini adalah penting untuk mengesan kembali sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan, untuk mengkaji sama ada peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) semasa merangka draf Perlembagaan Persekutuan tersebut. Daripada sejarah, sebab-sebab peruntukan khusus berkaitan remedi yang menguatkuasakan kebebasan asasi tidak termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957 dapat dikenal pasti. Kata kunci: Kebebasan asasi; remedi; penguatkuasaan kebebasan asasi AbStRACt Fundamental liberties are essential to every human being for it is the freedom of every human being from birth in this world. These fundamental liberties cannot be denied on the basis of skin color, ethnicity, religion, age, gender, language, political afiliation and social status. It is fundamental to human existence. Thus, fundamental liberties must be preserved and secured properly under the law. Nonetheless, the fundamental liberties are meaningless unless there are guarantees to ensure that it can be enforced effectively by remedies. Almost every written Constitution, provided the provisions of fundamental liberties and constitutional remedies, which have been provided for in the Constitution of Canada, the United States, India, South Africa, Hong Kong, and many other jurisdictions in the Commonwealth. In Malaysia, the fundamental liberties enshrined in the Federal Constitution, but speciic provisions relating to remedies for the enforcement of the fundamental liberties provided under an ordinary law. This article aims to examine the fundamental liberties and remedies in Malaysia of the historical perspective in the making of Federal Constitution 1957. The study of history is important to trace back the history of Federal Constitution making as well as to examine whether speciic provisions relating to remedies for the enforcement of fundamental liberties had been proposed by the Constitutional Commission of the Federation of Malaya (Reid Commission) during the drafting of the Federal Constitution 1957. Of history, the reasons why the speciic provisions relating to remedies did not enshrine in the Federal Constitution 1957 can be identiied. Keywords: Fundamental liberties; remedies; enforcement of fundamental liberties PENDAHULUAN Kebebasan adalah suatu ungkapan yang menyatakan apa yang berharga sebagai umat manusia. Ia merupakan idea undang-undang semulajadi dan penting dari segi moral berdasarkan apa yang menjadi asas mengenai sifat manusia. Manakala remedi pula adalah lebih kepada untuk memulihkan apa-apa kerugian. Kedua-dua kebebasan dan Artkl 1-22 2016.indd 1 08/03/2017 14:10:31