1 1.0 PENGENALAN Kegemilangan Tanah Melayu amat sinonim dengan kewibawaan kesultanan Melayu diraja. Peranan sultan adalah sebagai pemimpin atau dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat serta simbol perpaduan negeri. Masyarakat juga tidak dibayangi dengan sistem yang lain kecuali sistem beraja dan kesultanan. Selain daripada itu, Gullick menyatakan berkenaan dengan kesetiaan rakyat terhadap sultan yang memiliki keagungan tersendiri iaitu “The Sultan of a State was vested with majesty (daulat) at his installation”. 1 Pernyataan tersebut dikukuhkan lagi dengan kepercayaan orang Tanah Melayu bahawa rakyat biasa mahupun pembesar tidak boleh melanggar perintah. Selain itu, raja bukan hanya “kunci institusi namun satu-satunya institusi” kepada kerajaan. 2 Banyak ekspresi ketaatan rakyat terhadap sultan sehinggakan Gullick mengeluarkan pernyataan bahawa “…there was never a total disintegration and no chief ever sought to set himself up as an independent ruler.” 3 Hal ini adalah kerana beliau beranggapan kuasa pembesar melebihi kuasa sultan dan pembesar lebih berkuasa di daerah-daerah yang dinaunginya malahan terdapat di kalangan mereka mempunyai kekayaan yang lebih daripada sultan. 4 Oleh itu, benarkah tidak pernah wujud pembesar yang tampil membebaskan diri daripada sistem beraja tersebut dengan harta kekayaan dan kekuatan dari segi pengaruh terhadap rakyat? Oleh sedemikian itu, esei ini akan menyatakan bangkangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Gullick, sememangnya terdapat pembesar yang merancang dengan penuh teliti dalam mengambil alih tampuk pemerintahan dan merajakan diri sendiri di negeri naungannya. 1 Gullick, J. M. “Indigenous Political System”. (London: The Athlone Press, 1958), hlm. 45. 2 Julie Tang Su Chin. “Sejarah Perlis 1841-1957”. (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 2002), hlm. 4. 3 Gullick, J. M. Indigenous Politicial System…, hlm. 133. 4 Gullick, J. M. Indigenous Politicial System…, hlm. 44. Petikan dalam buku tersebut: “Powerful district chiefs could and sometimes did flout his wishes with impunity; some of them were wealthier than he was”.