1 Pendidikan Guru Malaysia Hanya Yang Terbaik Rahsia Kejayaan adalah Ketekalan Matlamat [Benjamin D] Nilai Manusia adalah Semahal Nilai Matlamatnya [Marcus A] Profesor Dato’ Dr. Abdul Rashid bin Mohamed 1. Pengenalan Pendidikan berkualiti bermula dengan guru berkualiti dan guru berkualiti dihasilkan melalui program pendidikan guru berkualiti. Pendidikan guru berlandaskan polisi dan prosedur yang digubal untuk menzahirkan bakal guru berilmu, berkemahiran tinggi, bersikap positf dan memiliki sahsiah berketepatan sebagai guru efektif dan efisyen dalam bilik darjah, sekolah dan masyarakat. Idealnya, pendidikan guru perlu mempunyai satu kesinambungan yang jelas dan lazimnya distrukturkan melalui beberapa komponen dan peringkat seperti; 1. Menarik Bakat Teratas Menyertai Perguruan; 2. Menyaring daripada Kumpulan Terbaik; 3. Penyediaan Calon Guru; 4. Mengekalkan Guru Terbaik dan; 5. Memastikan Prestasi Guru Kekal Unggul. 2. Menarik Dan Menyaring Daripada Yang Terbaik Walau bagaimanapun untuk tujuan 1 dan 2 di atas satu ‘roadmap’ atau Pelan Tindakan perlu dizahirkan agar ianya menepati hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelan Tindakan ini perlu mengambil kira amalan kini dan apa yang dihasratkan seperti berikut. Rajah 1 : Mencapai Sasaran Calon Terbaik untuk Program Pendidikan Pada dasarnya semua kemasukan ke universiti mesti memenuhi dua syarat; Syarat Am dan Syarat Khas. Syarat Am kemasukan ditetapkan oleh KPM melalui dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)yang berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunakan 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon bagi tujuan kemasukan. Manakala syarat khas ditetapkan oleh Senat IPTA masing-masing. Setelah semua syarat am dan khas diambil kira calon yang layak akan dinilai dan diklasifikasikanmengikut merit dan seterusnya pemilihan dilakukan. 2.1 Amalan Sedia ada Pelaksanaan Syarat Khas Kemasukan ke IPTA Amalan ada sedia IPTA pembekal program pendidikan ialah setelah semua syarat am diambil kira,IPTA akan memilih calon daripada mereka yang melepasi PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan) 3.0 dan ke ataskecuali bagi program tertentu. Secara amnyaproses pemilihan adalah berdasarkan Sistem Meritokrasi (berdasarkan skor pencapaian akademik yang sekurang-kurangnyaPNGK 3.00). Walau bagaimanapun AMALAN KINI SASARAN AWAL 75% TOP 30% SASARAN SUSULAN 90% TOP 30% SASARAN AKHIR 100% TOP 30% TINDAKAN 1 PENGAMBILAN 2014/2015 TINDAKAN 2 PENGAMBILAN 2015/2016 TINDAKAN 3 PENGAMBILAN 2016/2017 TINDAKAN 4 PENGAMBILAN 2017/2018