REMPIT Islah Mat Rempit mula diperkenalkan oleh wartawan Wan Kamarulzaman (Wan K) melalui edisi siasat yang merupakan islah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motosikal kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Walau bagaimanapun, islah ini asalnya diperkenalkan oleh Kartunis Halim Hassan melalui Majalah Motosikal Malaysia iaitu Roda Roda yang diterbitkan pada 1998. Watak Mat Rempit ialah nama kepada watak kartun rekaannya yang sebenarnya merujuk dirinya sendiri. Beliau masih akf melukis kartun pada hari ini walaupun jarang diterbitkan. Minah Rempit pula merupakan seorang pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Mat Rempit juga diberi gelaran rasmi sebagai samseng jalanan oleh Kerajaan Malaysia. Kebanyakan Mat Rempit menjalankan akvi berlumba haram, dan ada juga yang menjalankan akvi menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit dikatakan terlibat dengan kegiatan samseng atau gangsterisme, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, mencuri, mengambil dadah, dan menjadi pembuli jalanraya. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit dak mematuhi piawaian, ataupun sudah banyak diubahsuai. Bahkan, ada Mat Rempit yang dak mempunyai lesen yang sah, dak membayar cukai jalan dan menunggang motosikal yang dicuri. Kini, taman perumahan turut ditukar menjadi litar lumba haram oleh Mat Rempit. Perkara ini menyebabkan para penduduk taman perumahan membuat bonggol-bonggol jalan untuk mencegah dan menghalang Mat-Mat Rempit berlumba dikawasan perumahan mereka. Dianggarkan di Malaysia, terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Islah Mat Rempit ini turut digunakan di Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama. Mat-mat Rempit yang rata-ratanya para remaja akan beraksi pada waktu senja, tengah malam atau selepas ibu bapa mereka pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan berjumpa kawan, membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Kebanyakan ibu bapa dak tahu atau buat-buat dak tahu akan akvi haram anak-anak remaja mereka. Ada ibu bapa yang nggal diluar kota, dak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke bandar Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhaan orang ramai. Di Kuala Lumpur, jalan yang popular dengan akvi haram ini ialah Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa orang remaja belasan tahun. Islah Mat Rempit dan Minah Rempit lebih kerap dipakai untuk penunggang berbangsa Melayu di Malaysia. Antara kesan rempit adalah pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit inimengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan yang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan mengganggu mereka berisrehat. Malah golongan ini juga sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai mat gian. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain sepermencuri, ragut, pecah rumah dan lain-lain. Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut. Selain itu, kesan rempit juga adalah berlakunya kes kecurian dan rompakan. Hal ini berlaku kerana apabila seseorang mula merempit, mereka lebih tumpukan motosikal mereka kearah kelajuan. Apabila kelajuan diperlukan, maka mereka perlu mengubahsuai enjin motosikal tersebut dengan cara korek