990101-04-5271 PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN OLEH PENDUDUK TAMAN JAYA PADANG TEMU, MELAKA. ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pembelian barangan dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu, Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis produk yang dibeli secara atas talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu, kesan pembelian barangan secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu dan mengkaji tahap kepuasan yang mendorong penduduk membeli secara atas talian di Taman Jaya Padang Temu, Melaka. Lokasi kajian ialah di Taman Jaya Padang Temu, Melaka. Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah soal selidik, pemerhatian dan rujukan. Data sekunder turut diperoleh melalui pembacaan dan internet. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak bagi mendapatkan data yang diperlukan dengan menjawab soalan yang disediakan di dalam borang soal selidik. Temu bual dilakukan dengan 2 orang informan. Hasil kajian mendapati barangan seperti pakaian merupakan antara barangan yang banyak dibeli oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu kerana pakaian yang dijual di dalam talian lebih murah dan mengikut fesyen semasa. Selain itu, kesan yang paling banyak dinyatakan oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu apabila membeli secara dalam talian ialah maklumat pembeli mudah disalah guna kerana pembeli belum tentu tahu peniaga yang menjual adalah sah yang mempunyai lesen atau tidak. Tambahan pula kesemua kesan pembelian secara dalam talian oleh penduduk Taman Jaya Padang Temu berada pada tahap yang memuaskan. 1