BAB SATU ABSTRAK Tugasan bagi subjek Organizational Behaviour In Education ini, pelajar diminta untuk menonton sebuah video berdurasi 9 minit dan 56 saat berkait dengan gaya kepimpinan pentadbir dan dilema beliau dalam membuat keputusan berkaitan satu permasalah yang timbul di kolehnya. Video ini berkisar tentang Harriet seorang Pengetua yang terpaksa membuat keputusan tentang salah laku yang telah dibuat oleh Daniel iaitu anak muridnya. Video ini mempertonton kepada kita tentang Harreit seorang Pengetua di Heavenly State Kolej yang mengamalkan gaya kepimpinan yang baik di dalam pentadbirannya. Beliau seorang yang professional dalam aspek pengurusannya, disenangi oleh pelajarnya juga dikalangan keluarga pelajar di kolejnya. Beliau tegas dalam penguat kuasaan udang-undang di kolej terutama kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah. Ini terbukti apabila beliau telah menjatuhkan hukuman buang kolej kepada 2 orang murid yang terlibat dengah kes dadah pada awal tahu tersebut. Manakala Daniel pula adalah seorang pelajar tahun akhir di kolej tersebut. Daniel pada ketika ini sedang menunjukkan perubahan yang positif terhadap pembelajarannya apabila dia telah mendapat pujian dari guru-guru yang mengajarnya. Dalam masa yang sama, ibu Daniel berada di hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Daniel menjadi tulang belakang kepada ibunya dalam menguruskan hal-hal keluarga termasuk yang berkaitan dengan kewangan dan adiknya. Dia kini berkerja secara sambilan. 1