1.0 PENGENALAN TEMPAT LATIHAN 1.1 SEJARAH PENUBUHAN KEDAI BUKU BANGGOL Kedai Buku Banggol ( KBB ) merupakan sebuah syarikat atau perusahaan yang menjalankan perniagaan berasaskan kedai buku dan alat tulis dengan permulaan modal sebanyak RM 10 000. Perusahaan ini turut dikenali dengan suasana Islamik dan merupakan syarikat swasta. Kedai Buku Banggol telah diterajui oleh Haji Zainal Abidin Bin Mohd Ali yang berasal dari Kuala Terengganu dan pada tahun 1981 manjawat jawatan sebagai guru di sebuah sekolah menengah harian di Kelantan. Kemudian, beliau telah membuka sebuah perniagaan KEDAI BUKU BANGGOL pada tahun 1983 atas nama isteri ( NORMADIAH ). Pada tahun 1987, perniagaan tersebut diubah atas perkongsian iaitu suami dan isteri. 17 Oktober 1987 merupakan tarikh permulaan berniaga dan kemudian pada 01 November 1987 merupakan tarikh ia mula didaftarkan. Lokasi utama perniagaan Kedai Buku Banggol beralamat di Lot 1864 Jalan Ismail Pertra, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Selain itu, Kedai Buku Banggol juga mempunyai 13 cawangan yang berdaftar iaitu di sekitar daerah Terengganu dan Kelantan. Bilangan tenaga pekerja di Kedai Buku Banggol adalah seramai 108 orang termasuk pekerja di cawangan dan ibu pejabat. Kedai Buku Banggol Cawangan Ketereh pula seramai 7 orang. 1