1 1.0 PENGENALAN Dewasa ini, nilai-nilai murni atau moral tidak dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat seharian terutamanya golongan belia atau generasi Y. Ini telah menyebabkan timbulnya isu keruntuhan moral yang berleluasa di mana ia sering diperkatakan pada masa kini. Boleh dikatakan semua peringkat masyarakat memberi pelbagai pendapat mengenainya. Pelbagai berita, rencana dan ulasan mengenainya disiarkan di dalam surat khabar serta media elektronik. Sebagai contoh, isu pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya. Isu kronik seperti ini tidak boleh dipandang enteng atau ringan. Seminar dan perbincangan sudahpun diadakan silih berganti di merata tempat dan rumusan demi rumusan dibuat, tetapi masalah keruntuhan akhlak dan moral ini dilihat semakin berleluasa. Keruntuhan akhlak ini boleh dikatakan berpunca daipada kemerosotan dari segi asuhan dan didikan agama. Selain itu, tekanan hidup, sikap suka mengejar kemewahan dan kepincangan dalam hubungan kekeluargaan juga menjadi penyumbang kepada masalah tersebut. Tidak dapat dinafikan juga isu keruntuhan akhlak ini meberikan kesan yang mendalam pada diri individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Justeru itu, langkah awal seperti menyemai dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap individu harus diutamakan bagi memberi pengetahuan serta kesedaran mengenai pentingnya mengamalkan nilai murni ini dalam kehidupan seharian kita. Pelbagai pihak seperti ibu bapa atau keluarga terdekat dan pihak berwajib perlu berganding bahu untuk mengadakan aktiviti yang dapat memupuk nilai murni dalam diri masyarkat. Pentingnya nilai murni ini dalam diri setiap individu bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berakhlak mulia. Bagi menyahut cabaran tersebut, kami telah menghasilkan sebuah projek murni mengenai “Perkara Kecil, Impak Besar” yang berguna dan akan memberikan kesan mendalam kepada warga universiti, komuniti ataupun masyarakat luar dengan harapan dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan untuk mewujudkan kesedaran serta melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.