1 Seminar Terjemahan, Bahasa dan Budaya Cina-Melayu pada 13-14 Mei 2017 di Guangdong University of Foreign Studies, China, anjuran bersama UniTi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM & Jabatan Pengajian Melayu, Fakutli Bahasa & Budaya Asia, Guangdong University of Foreign Studies, China. Sejarah Ringkas Penterjemahan Karya Cerita Popular Cina- Kearifan Lokal Orang Cina di Alam Melayu Ding Choo Ming 1 70, Jalan Jade Hills 1/1 Jade Hills 43000 Kajang Malaysia Email: dingukm@gmail.ukm.my Abstrak Sejarah perkembangan penerbitan karya terjemahan orang Cina di Alam Melayu sekitar 100 tahun dahulu itu perlu dikaji berlatar-belakangkan kedudukan sosio-budaya dan ekonomi orang Cina generasi baru di kota-kota besar. Kegiatan itu adalah sebahagian daripada mozek kebudayaan Cina hasil daripada interaksi kebudayaan Cina di rantau ini dengan memanfaatkan teknologi percetakan dan kemudahan awam lain dari Barat. Peluang baru itu tidak wujud sebelum itu. Dalam tempoh sekitar se abad sejak 1880an sehingga Perang Dunia II, ribuan buku terjemahan cerita popular Cina daripada dinasti Cing dan Ming sudah diterbitkan untuk memenuhi kehendak khalayak orang Cina yang tahu bahasa Melayu, tetapi tidak semestinya bahasa Cina. Dalam tempoh itu penerbitan buku terjemahan itu menguntungkan semua pihak dengan ratusan penterjemah dan penerbit. Tetapi, kegiatan itu terhenti akibat pendudukan Jepun, kemelesetan ekonomi dunia dan pergolakan politik di Alam Melayu. Kegiatan itu sudah dihidupkan balik oleh sekumpulan pelajar Nantah. Namun, kegiatan baru itu tidaklah serancak dan sehebat masa dahulu. Yang menarik ialah buku terjemahan selepas Perang Dunia II adalah dua hala (dari bahasa Cina ke bahasa Melayu dan sebaliknya) dan bukannya sehala (dari bahasa Cina ke bahasa 1 Terima kasih saya ucapkan kepada Fu Congcong, Pan Hui, Zhang Yu-an dan Xu You-nian di China; Chan Maw Woh di Singapura; Chan Yong Sin, M. C. Cheah, Chew Fong Peng, Norhayati Mohamed, Chong Ton Sin dan Goh Sang Seong di Malaysia dan C. W. Watson dan Soeria Disastra dari Indonesia kerana memberi maklumat sehingga tersusunnya senarai buku dalam lampiran.