1 PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP WANITA BERPOLITIK: SATU ANALISIS DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (KUIPSAS) ZULKIFLI BIN MOHAMED 2015 ABSTRAK Persepsi Mahasiswa terhadap penglibatan wanita di dalam politik mempunyai pelbagai tanggapan berbeza sama ada dari sudut pandangan ulama’ atau pun orang awam. Perjuangan keterlibatan wanita berpolitik di Malaysia terus berkembang sejak pelantikan wanita pertama sebagai ahli parlimen pada 1959. Dengan bermatlamatkan pencapaian 30 peratus wanita dalam kumpulan membuat keputusan namun ianya masih belum tercapai selama 56 tahun. Sehingga ke hari ini hanya 7 orang wanita sahaja menyertai kabinet Malaysia dan 10 peratus terlibat dalam dewan rakyat. Walau bagaimana pun peranan dan pengaruh wanita untuk menentukan kemenangan sesebuah parti politik amat meningkat kerana kesedaran berpolitik tersebut adalah berpunca kepada faktor tahap pendidikan yang semakin baik disamping mempunyai informasi yang amat meluas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa 45 peratus mahasiswa KUIPSAS bersetuju golongan wanita berpolitik, manakala 39 peratus berkecuali dan 16 peratus tidak bersetuju. Justeru itu, pihak yang berkepentingan boleh menggunakan hasil dapatan ini untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam politik negara kerana 38 peratus mahasiswa bersetuju dengan kenyataan bahawa manita mampu memberi kemenangan kepada parti.