Inap Desa sebagai Satu Agen Pembangunan Sosioekonomi Komuniti: Menelusuri Perspektif Pelajar-Pelajar Pengurusan Pelancongan UUM Mohamad Zaki Ahmad (04-9285994 / zaki.ahmad@uum.edu.my) Johan Afendi Ibrahim (04-9283571 / afendi@uum.edu.my) Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah. (Kedua-dua penulis adalah pelajar PhD di LESTARI, UKM) Norria Zakaria (04-9244122/norria@uum.edu.my) Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah. ABSTRAK Industri pelancongan negara terbukti menjadi antara penyumbang utama kepada pendapatan negara sejak lebih sedekad yang lalu. Pelbagai usaha dan perancangan sedang dan telah direncanakan terutamanya oleh pelbagai agensi kerajaan bagi terus memajukan industri ini terutamanya dalam meningkatkan sumbangannya terhadap aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia. Inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia dan menjadi satu program yang sering mendapat perhatian kerajaan dan agensi berkaitan sejak kebelakangan ini. Dengan jumlah peserta dan jumlah bilik yang ditawarkan semakin meningkat, sektor inap desa negara yang telah menjana pendapatan hampir RM10.9 juta pada tahun 2009 ini amat berpotensi menjadi satu agen pembangunan sosioekonomi terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Berdasarkan laporan tugasan kursus pelajar-pelajar Pengurusan Pelancongan Universiti Utara Malaysia (UUM) tentang pembangunan sektor inap desa bagi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, aspek-aspek seperti definisi dan konsep inap desa, perkembangan dan pembangunan pelancongan inap desa, analisis SWOT serta impak-impak pembangunan inap desa akan dibincang dan diperjelaskan. Katakunci: Pelancongan, Inap Desa, Impak Sosioekonomi Masyarakat, Perspektif Pelajar ABSTRACT Tourism industry has proven to be one of the national major income contributors over the last decade. Efforts and planning considerations have been undertaking mainly by various government agencies to further develop this industry, particularly to enhance its contribution towards socioeconomic development of Malaysian society. “Inap desa” or popularly known as homestay is one of the rural tourism products in Malaysia and has emerged as a program that often gets the attention of government and its related agencies in recent years. As the number of participants, as well as number of rooms offered is on the rise, the country’s homestay sector that generated revenues close to RM10.9 million in 2009 has great potentials to become an agent for socioeconomic development, particularly for rural communities. Based on reports of coursework by students of Tourism Management Universiti Utara Malaysia (UUM) on the development of homestay for several states in Peninsular Malaysia, aspects such as definition and concept of homestay, growth and development of homestay tourism, SWOT analysis and impacts of homestay development will be discussed and further clarified. Keywords: Tourism, Homestay, Community Socioeconomic Impacts, Students’ Perspective PENGENALAN Sejak sedekad yang lalu, industri pelancongan terus kukuh menjadi antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Bukan hanya sumbangan terhadap memperkukuhkan sektor ekonomi negara, malahan industri pelancongan juga turut menyumbang terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat luar