1 Paper3 Beberapa Masalah Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum Ding Choo Ming Sudah dibincangkan beberapa cara yang digunakian oleh penulis Melayu pada tahun 1920an, 1930-an dan 1940-an untuk menolong orang Melayu ‘mengatasi’ rasa takut mereka kepada orang bukan Melayu demi melindungi dan mempertahankan tanah air mereka, yang sudah dikenali sebagai British Malaya, daripada diambil orang Cina, India dan orang asing yang lain. Dengan berbuat demikian melalui cerita dalam karya sastera, penulis Melayu yang berkenaan berharap pembaca yang mereka sasarkan itu akan menjadi pengikut mereka untuk seterusnya menolong mereka dalam ‘perjuangan’ mereka. Dengan itu, akan lebih mudah tercapainya apa yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayu “Bersatu teguh, bercerai roboh’, lebih-lebih lagi manfaat besar yang boleh didapati daripada konsep ‘safety in number’ dan ‘safety in unity’. Mengkaji apa yang berlaku itu, golongan penulis- wartawan-editor itu bolehlah dikatakan sangatlah bernasib baik. Antara yang dimaksusdkan itu ialah selain dapat menggunakan kuasa teknologi percetakan yang memungkinkan pertumbuhan akhbar dan majalah Melayu dengan pesat sekali ketika itu, mereka juga telah dibantu sekumpulan 35 orang pelajar di MPSI Tanjung Malim. Antara yang dimaksudkan itu ialah selepas tamat pengajian, para pelajar itu telah menubuhkan parti politik yang dipanggil Belia Malaya di bawah kepimpinan Ibrahim Yaakob dalam tahun 1930-an untuk terus menyemai benih yang akhirnya telah tumbuh menjadi pohon besar nasionalisme Melayu dengan pengaruhnya tersebar ke seluruh pelusuk di negara ini. Daripada siri peristiwa itulah telah lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau Kesatuan Pemuda Melayu, parti politik Melayu yang pertama di negara ini pada tahun 1938. Ramai daripada ahli yang menjadi akar umbi KMM adalah guru-guru sekolah, sama ada daripada sekolah sekular atau sekolah agama. Mereka tertarik hati dan terpengaruh oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Abdullah Sidek,