1 KolejSelatanRimaAkhir Panduan Rima Akhir Dalam Pantun Melayu Ding Choo Ming 70, Jalan Jade Hills 1/1 Jade Hills Kajang 43000 Selangor Emel: dingukm@gmail.com Kata Pengantar Rima adalah bunyi yang sama pada huruf atau kata akhir dalam suatu rangkap (Frances 1966). Pengulangan bunyi yang dimaksudkan itu banyak digunakan dalam puisi (termasuk pantun, syair, gurindam, sajak) terutamanya, selain dalam peribahasa, simpulan bahasa, pepatah, bidalan, malahan ungkapan dan cogan kata. Perhatian kepada rima dalam buku ini adalah rima akhir dalam pantun Melayu yang terdiri daripada empat kerat, kerana dalam pantun empat keratlah juga terdapat rima awal dan tengah, selain rima akhirnya, semestinya abab. Lihat contoh dua rangkap pantun empat kerat di bawah ini: Sebab padi sebab selasih Itulah sebab saya lurutkan Sebab budi sebab kasih Itulah sebab saya turutkan. Jangan ditarik lembu garang Kalau ditarik banyak susahnya Jangan dirosak anak orang Kalau dirosak maut padanya. Rima akhir abab dalam pantun empat kerat tadi juga adalah kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati mempunyai rima akhirnya, aaaa. Lihat contoh dua rangkap syair di bawah ini: Dendam Berahi namanya desa Mendam Perasat Raja Perkasa Rakyatnya banyak berketi laksa Bersuka-suka setiap masa. Riuh rendah nobat nafiri Semuanya konon berbunyi sendiri Hairan tercenggang isi negeri Apakah ada demikian peri. Yang lebih menarik lagi adalah pantun boleh juga terdiri daripada dua kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Lihat contoh-contohnya di bawah ini: Pantun enam kerat Pantun lapan kerat Nyiur gading tinggi menjulang Masak ketupat berisi inti Buah delima di dalam cawan Hancur badan berisi tulang Belum dapat belum berhenti Hendak bersama denganmu tuan. Pasir bulan dalam perahu Berlabuh tentang Batu Bara Bercermat lalu ke tepian Ke Ciku menghadap muaranya Kisah tuan hambalah tahu Sebagai orang menggenggam bara, Terasa hangat dilepaskan,