Carlson Chew Yee Herng AEE140006 1 Pendahuluan Beberapa dekad sebelum tahun 1914, Eropah seolah-olah telah membina keamanan yang agak stabil. Melalui rundingan kompleks geopolitik kuasa besar, Eropah dibahagi kepada dua sistem perikatan: Triple Entente (kemudian Allied Powers atau Kuasa Bersekutu) yang terdiri daripada Britain, Perancis, dan Rusia menyaingi Triple Alliance (kemudian Central Powers atau Kuasa Pusat) yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. 1 Keseimbangan ini membolehkan kuasa-kuasa Eropah mencabar antara satu sama lain dalam aspek ekonomi, ketenteraan, dan empayar. Ketegangan politik di Eropah disertai dengan perlumbaan senjata mencetuskan perang yang berskala besar. Pada 26 Jun 1914, di ibu negara Bosnia, Sarajevo, seorang pengganas yang berusia sembilan belas tahun dalam persatuan rahsia "Black Hand" menembak Archduke Franz Ferdinand (1863-1914), seorang ahli sukan berusia lima puluh tahun dan pewaris takhta empayar Austria-Hungary serta isterinya. 2 Pembunuhan itu merupakan satu peluang bagi diplomat Austria untuk memberi tekanan kepada Serbia setelah digalakkan oleh Jerman. Namun, Serbia tidak peduli langsung tekanan dari Austria- Hungary itu. Dengan itu, Austria-Hungary mengisytiharkan perang ke atas Serbia dan pengisytiharan itu menyebabkan Rusia mengagihkan tentera mereka kerana bersekutu dengan Serbia. Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada akhir bulan Julai telah mengaktifkan sistem pakatan pertahanan bersama Eropah pada awal bulan Ogos. Pada empat tahun seterusnya, negara-negara Eropah berada dalam medan perang. Tiada seorang pun daripada para diplomat, perisik, jeneral tentera, menteri kabinet Eropah atau mana-mana pakar menyangka perang tersebut akan berlangsung dengan sekian lama. 1 Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, W.W. Norton & Company, 2011, hlm. 800. 2 Margaret L. King, Western Civilization: A social and cultural history, N.J.: Prentice Hall, 2006, hlm. 747.