Carlson Chew Yee Herng AEE140006 1 Pendahuluan Pada awal tahun 1956, satu delegasi yang terdiri daripada empat wakil Raja, Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri persekutuan serta Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan penasihatnya mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Selain menentukan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perundingan tersebut juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan untuk mengatur pertahanan Tanah Melayu dan lebih penting lagi menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang merdeka. 1 Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh Lord Reid, dan ahlinya termasuk Ivor Jennings (British), Sir William McKell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya Reid mengadakan mesyuarat di Tanah Melayu antara bulan Mei dan Oktober, 1956. Sepanjang mesyuarat diadakan, sebanyak 131 buah pertubuhan dan individu menghantar memorandum kepada Suruhanjaya tersebut. Namun, pendapat Perikatan merupakan yang paling penting memandangkan pada peranan yang akan dimainkan sebagai kerajaan di masa hadapan. Laporan yang panjang dan terperinci disiapkan pada Februari 1957. 2 Pada masa yang sama, British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja yang mengandungi empat orang wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha Persekutuan dan Peguam Negara sebagai wakil kerajaan British untuk mengkaji Cadangan Suruhanjaya Reid tanpa mengambil kira bantahan atau pandangan luar. Jawatankuasa ini menyiapkan kerja pada Mac 1957 dan seterusnya membincangkan beberapa perkara teknikal dan tambahan yang ingin dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja dengan 1 Virginia Matheson Hooker, A Short History of Malaya: Linking East and West, Crows Nest, NSW: Allen & Unwin, 2003, hlm. 206. 2 J. Kennedy, A History of Malaya, KL: S. Abdul Majeed & Co., 1993, hlm. 279-280.