Adat Resam masyarakat Melayu : Adat Meminang 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan negara yang majmuk. Kehidupan di Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun sememangnya tidak data dinafikan oleh sesiapapun. Adat yang merangkumi pelbagai aspek seperti kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup setiap masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Corak budaya mesyarakat dapat digambarkan melalui kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat tersebut. Dalam erti kata lain, adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada sesebuah kaum tersebut. Adat resam masyarakat di Malaysia boleh dilihat berdasarkan ras-ras yang terdapat dalam negara kita seperti adat resam masyarakat Melayu, adat resam masyarakat Cina, adat resam masyarakat India, adat resam masyarakat etnik Sabah, adat resam masyarakat etnik Sarawak dan adat ream masyarakat orang Asli. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya. Kepelbagaian bangsa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan adat resam di mana kaum yang utama ialah kaum Melayu, Cina,dan India. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Kepentingan adat resam dalam masyarakat hari ini masih dianggap relevan. Adat resam merupakan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan budaya masyarakat tersebut. Budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini. 2.0 Adat Resam Masyarakat Melayu : Perkahwinan