JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 40-53 40 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 40-53 KEWAJARAN PENGGUNAAN ISTILAH AL-DHIMMI TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS RATIONALITY ON THE USE OF AL-DHIMMI'S TERMS TOWARDS NON-MUSLIM IN MALAYSIA: AN ANALYSIS Khairul Azhar Meerangani 1* , Syamsul Azizul Marinsah 2 & Rushdi Ramli 3 1 Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Melaka, khairulazhar@kuim.edu.my 2 Pelajar Pascasiswazah (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, kehak@gmail.com 3 Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sufism@um.edu.my * Penulis Penghubung Artikel diterima :13 Mac 17 Selepas Pembetulan:18 Dec 17 Diterima untuk diterbit :18 Dec 17 Abstrak Malaysia merupakan antara negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan agama di bawah satu pentadbiran yang sama. Konsep demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia memperlihatkan kepentingan rakyat yang terlibat secara langsung dalam sistem pemerintahan negara. Namun begitu, persoalan berkaitan kedudukan setiap warganegara terutamanya golongan non Muslim sering menjadi tumpuan perbincangan para sarjana Muslim yang masih lagi mengaplikasikan model kewarganegaraan berdasarkan sistem pemerintahan khilafah yang sudah pun tidak dipraktikkan lagi pada masa kini. Kajian ini akan menilai kewajaran penggunaan istilah al-dhimmi sebagai status kewarganegaraan golongan non Muslim di Malaysia dengan meneliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal ehwal Non Muslim serta prinsip kenegaraan Islam yang diperkembangkan oleh para sarjana klasik dan kontemporari. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian mendapati penggunaan istilah al-dhimmi bagi merujuk warganegara non Muslim kurang bersesuaian dengan konteks semasa sistem pemerintahan yang dijalankan di Malaysia berdasarkan tiga faktor iaitu latar belakang dan implikasi semasa penggunaan istilah tersebut serta perubahan kepada asas penetapan kewarganegaraan di Malaysia. Dalam hal ini, istilah al-muwatin sebenarnya lebih sesuai dan selaras dengan sistem pemerintahan negara.