SEJARAH PENGGAL 2 STPM 1.1 MASYARAKAT JAHILIAH Soalan 1: Huraikan konsep dan struktur masyarakat Jahiliah Pengenalan Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan keraj aan Saba’ peringkat ketiga dan peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan. Isi-Isi Penting: Konsep Jahiliah Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis. Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun. Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal.Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’ sebagai “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15) Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT dan mengalami kejatuhan. Struktur Masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem susun lapis masyarakat yang jelas. Masyarakat arab jahiliah mengamalkan sistem berkabilah. Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat pada zaman Jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan pertalian darah atau keturunan. Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan dan dipertahankan melalui semangat asabiyyah yang tinggi. Oleh kerana semangat asabiyyah yang tinggi, kabilah telah berperang sesama kabilah dan peperangan ini berlanjutan pada masa yang singkat mahupun pada masa yang panjang seperti perang al-Basus di antara Kabilah Bakar dan Kabilah Taghlib. Sekiranya kabilah lain dapat