Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik ha Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama nggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seper lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.