Mohd AŶuar Raŵli, Nurul Asŵida “aad & “yed Mohd Jeffri “yed Jaafar, Perspektif M.B. Hooker Tentang Adat MelayuJMS Vol. 1 Issue 1 (2018): 106-136 106 PERSPEKTIF M.B. HOOKER TENTANG ADAT MELAYU M.B HOOKER’S PERSPECTIVE ON MALAY CUSTOM Mohd Anuar Ramli, Nurul Asmida Saad Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Email : mohdanuar@um.edu.my Abstrak Adat merupakan kebiasaan hidup masyarakat. Biasanya adat yang diamalkan mempunyai hubungan yang erat dengan pegangan agama masyarakat. Dalam masyarakat Islam, adat dipengaruhi oleh syariat. Namun, M.B Hooker menerusi penulisannya mendakwa adat Melayu merupakan suatu perkara yang terpisah dengan syariat. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti perspektif Hooker terhadap adat Melayu khususnya adat perpatih dan hubungannya dengan syariat Islam. Bagi mencapai objektif yang digariskan, kajian ini sepenuhnya dijalankan melalui pendekatan perpustakaan. Data-data kualitatif dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati Hooker berpandangan wujudnya pertentangan antara adat Melayu dengan Syariat. Sedangkan hakikatnya, adat Melayu merupakan suatu amalan yang bersendikan syariat. Kegagalan untuk memahami adat Melayu adalah bertitik tolak daripada penilaian mereka tentang adat Melayu yang mengguna pakai kaca mata berpusatkan Barat. Kata kunci: Adat Melayu, Perpatih, Syariat, Islam, Hooker