e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-ISSN 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 5 NO.1 (APRIL 2018): pp 107-124 Diserahkan: 14November 2017 Diterima: 5 Mac 2018 ANALISIS AL-MA’ DALAM AL-QUR’AN DARI ASPEK BAHASA ARAB Analysis of al-Ma’ in the Qur’an through Arabic Lingual Aspects Muhamad Khairul Anuar Zulkepli, Md. Nor Abdullah, Suhaila Zailani@Ahmad rose_mujahid@yahoo.com, monab@ukm.edu.my, suzail@ukm.edu.my Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM ABSTRAK Al-ma’ atau air merupakan antara keperluan utama yang dianugerahkan kepada manusia dan sekalian makhluk. Kewujudan air di alam ini adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung dan ia dijelaskan melalui al-Qur’an yang menjadi pegangan hidup orang Islam. Badan manusia umpamanya terdiri daripada komposisi air yang meliputi sistem peredaran darah. Begitu juga permukaan bumi terdiri daripada permukaannya adalah air. Berdasarkan al- Qur’an, terdapat beberapa perkataan al-ma’ yang telah dinyatakan oleh pengkaji terdahulu. Namun, perkataan tersebut fokus kepada perbincangan al-ma’ dalam al-Qur’an. Perincian terhadap pengulangan perkataan al-ma’ dalam semua ayat al-Qur’an yang berbeza tidak dinyatakan. Penggunaan perkataan al-ma’ dalam ayat-ayat yang berbeza tidak dinyatakan adakah penggunaannya dari sudut bahasa Arab dan sebagainya sama atau sebaliknya. Kekurangan dan kelemahan tersebut menjadi lompangan utama yang perlu dikaji. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perkataan al-ma’ dalam al-Qur’an dan melihat penggunaannya dari sudut bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Al-Qur’an dijadikan sumber utama untuk mengenalpasti dan menganalisis perkataan al-ma’. Data dianalisis secara deskriptif dengan berpandukan pendapat para ilmuan terdahulu berkaitan isu yang dibangkitkan oleh mereka. Hasil kajian mendapati bahawa perkataan al-ma’ dalam al-Qur’an menampilkan aspek bahasa Arab dan ia mampu dibuktikan melalui pemilihan kata, ikhtisas, tatabahasa Arab, retorik dan nazm al- Qur’an. Kata kunci: al-ma’, al-Qur’an, Bahasa Arab.