PERMAINAN TENG-TENG: KAJIAN SEJARAH, VISUAL DAN POTENSI EVOLUSI MELALUI PENGGUNAAN MEDIA BARU ZULKIFLY BIN AMIRUDIN zulkifly.a@umk.edu.my / ejulamir@gmail.com Abstrak Teng-teng merupakan suatu permainan tradisional yang dimainkan oleh generasi dahulu dan kian dilupakan pada masa kini. Kajian ini membincangkan sejarah dan asal usul teng- teng, dan menemui 2 teori: dikatakan berasal dari Rom atau China Purba. Faktor kurangnya penglibatan dan minat kanak-kanak terhadap permainan ini juga dikenalpasti seperti skop permainan yang lebih sesuai dengan kanak-kanak, kemunculan permainan digital, kurang pendedahan, faktor keselamatan dan sifat permainan itu sendiri. Menerusi analisis visual permainan teng-teng seluruh dunia, wujud persamaan dan perbezaan tertentu. Terdapat lima bentuk atau corak permainan dari pelbagai negara. Menerusi kajian ini, potensi evolusi permainan ini akan dikenalpasti seterusnya warisan permainan tradisional ini akan diteruskan oleh generasi kini dan akan datang melalui penggunaan media baru. Kata kunci: Teng-teng, visual, evolusi, media baru Abstract Hopscotch is a traditional games that been played by previous generation and getting forgotten. This research discuss on history and creation of hopscotch, and found 2 theories: comes from Ancient Rome or Ancient China. Factors of less participant from today’s generation on this game also discovered; such as scope of the game only suitable for children, emerge of digital games, less exposure, safety reason and attribute of the game itself. Through visual analysis of hopscotch around the world, there is similarity and different on certain part. There is five types or shape comes from various countries. Through this research, potential of evolution for this game will be discover thus will help continue to preserve this traditional games for today and future generation by using new media. Key words: Hopscotch, visual, evolution, new media