1 Lim Hock Soon. Malay Pantun Book. Diturunkan oleh T. T. Wee. Singapore: Malaya Press. 1929. Diselenggarakan Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura Binti Mohd Zakaria Pendahuluan Tujuan kami menyiarkan semula sebahagian besar (bukan semua) teks asal pantun dalam teks yang berkenaan dengan disertai ejaan bahasa Melayu masa sekarang sebelah- menyebelah adalah untuk menarik perhatian lebih ramai orang kepada pantun peranakan baba yang mungkin sudah semakin lama semakin susah didapati lagi, selain sesetengah perkataannya mungkin tidak difahami. Kenyataan itu membuat kami merasa perlu untuk memberi beberapa penjelasan lain selanjutnya. Pertama, kami sendiri tidak mempunyai semua buku pantun yang pernah diterbitkan di Negeri-negeri Selat dahulu. Selain itu, yang kami maksudkan dengan kenyataan ‘sebahagian besar’ adalah kerana bukan semua pantun dalam teks asal telah disiarkan semula. Yang dilliputi hanyalah pantun yang telah kami pilih berdasarkan syarat utama pantun: adanya rima akhirnya abab, selain mempunyai bahagian pembayang dan bahagian maksudnya. Ini bermakna kami telah menyingkirkan syair, dan gurindam yang dianggap peranakan baba sebagai pantun juga. Kedua, bukan semua perkataan dalam buku pantun peranakan baba dalam koleksi kami boleh kami fahami. Sehububgan itu, semua perkataan yang tidak difahami itu sudah kami birukan. Selain itu, pantun yang diliputi sudah disusun menurut abjad daripada a-z. Sehubungan itu, ingin dijelaskan bahawa kalau nombor yang tidak teratur, yaitu yang melompat-lompat, di bawah kolum singkatan KDTA itu adalah kedudukan pantun yang berkenaan di halaman dalam teks asal, maka Bil pula adalah untuk menunjukkan bilangan keseluruhan pantun dalam teks, selain ianya boleh digunakan untuk fungsi rujukan. Selain itu, setiap entri pantun asal sudah dicatatkan muka suratnya dengan didahului singkatannya. Walaupun pada dasarnya kami tidak mengubah perkataan dalam teks asal, tetapi ejaan asal yang tidak konsisten, lebih- lebih lagi kesalahan imbuhan dan penaipan dalam teks asal sudah dibaiki dalam kolum ejaan bahasa Melayu sekarang. Di