Kuiz individu (Etika & nilai dalam pembangunan) Nama: Miziatunisa Sama’on No. Matrik: 187025 Etika, moral dan adab Pemikiran atau perbahasan mengenai etika bukanlah sesuatu yang baru. Dari sudut sejarah pemikiran, perkembangan perbahasan tentang hal hal yang bersangkutan dengan etika ini boleh ditelesurindantelah mula berkembang seawall zaman Greek iaitu beberapa abad sebelum masehi. Anatara kata kunci yang hangat diperkatakan ialah seperti etika, nilai, moral, akhlak dan juga adab. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, adat, sopan santun dan sebagainya yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Beretika mempunyai etika atau berpegang kepada etika. Etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan dan bersifat teoretikal kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Etika juga adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Malahan, etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Perbahasan etika adalah bertujuan untuk memahami perkara perkara yang berkaitan dengan nilai yang dikaitkan dengan perlakuan manusia, tabiat moraliti, menakrifkan persoalan yang benar dan yang salah serta yang patut atau tidak patut dalam perlakuan manusia. Dalam tradisi Barat, etika ada kalanya dirujuk juga sebagai falsafah moral. Etika berkembang menjadi satu disiplin ilmu yang membicara tentang konsep tanggungjawab dan kewajipan moral. Ahli falsafah semasa membahagikan perbahasan etika kepada tiga cabang