JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-ISSN: 2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-muqaddimah Volume 3 (1), 2015, ISSUE 1, 2015 Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, APIUM Page: 1-10 __________________________________________________________________________________ 1 WANITA MELAYU ISLAM DAN TUNTUTAN MENUNTUT ILMU Nang Naemah Binti Nik Dahalan* Mohd Roslan Mohd Nor** E-mail : nangnaemah@gmail.com *Calon Sarjana Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. **Professor Madya di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Abstract Women represent nearly half of the population in Malaysia. Statistics issued by the Department of Statistics in 2010 showed that the population of men and women were 28,908.8 million which is 14,712.6 are male and 14,196.2 million are female. Women represent more than half the world's population and their contribution to the social system and economic growth also is more than the contribution of men. Women should be given equal opportunity to pursue education. They represent an important human capital in a country. Islam has brought a change that puts women in the proper position. Perception and confidence in the low position of women has been eroded. Women's awareness of the importance of education has brought progress to them. Keywords: Malay woman, the history of education, status of women. Abstrak Wanita merupakan hampir separuh daripada populasi di Malaysia. Perangkaan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa jumlah penduduk lelaki dan wanita adalah seramai 28,908.8 juta. Daripada jumlah ini, 14,712.6 juta adalah lelaki dan 14,196.2 adalah wanita. Kaum wanita mewakili juga lebih dari separuh penduduk di dunia dan sumbangan mereka kepada sistem sosial dan pertumbuhan ekonomi masyarakat juga adalah lebih berbanding dengan sumbangan dari kaum lelaki. Wanita perlu diberi peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran. Mereka merupakan modal insan yang penting dalam pembangunan pendidikan sesebuah negara. Kedatangan Islam sedikit demi sedikit telah membawa perubahan yang meletakkan wanita di kedudukan yang sepatutnya. Tanggapan dan kepercayaan masyarakat tentang rendah dan hinanya kaum wanita telah dihakis. Kesedaran wanita mengenai peri pentingnya pendidikan telah membawa kemajuan kepada mereka. Kata kunci: wanita melayu, sejarah pendidikan, kedudukan wanita.