Bab 3:Fungsi Raja-Raja Melayu Zaman kini 3.1 Pengenalan Bab tiga ini akan menceritakan mengenai latar belakang Raja-Raja Melayu daripada waktu Merdeka hingga kini. Seterusnya pada bahagian yang seterusnya akan dinyatakan mengenai fungsi Raja-Raja Melayu pada zaman kini dari sudut yang boleh dibandingkan dengan fungsi Raja–Raja di zaman dahulu yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya. Selain itu, dimasukkan juga Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong di akhir bab tiga ini. 3.2 Latar Belakang Raja-Raja Melayu daripada selepas Merdeka hingga kini Semasa dalam jajahan British, kuasa Raja telah dihapuskan sedikit demi sedikit sehinggalah Raja hanya berkuasa dalam beberapa bahagian pentadbiran sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah kini. Walaupun Raja-Raja dan masih memerintah di dalam negeri masing-masing tetapi bidang kuasa yang diperuntukkan adalah terhad dan terdapat perubahan berbanding di zaman dahulu. Dan pentadbira di ambil alih oleh satu badan yang melaksanakan sistem pentadbiran di bawah Yang di-Pertuan Agong. 3.3 Fungsi Raja-Raja Zaman Kini 3.3.1 Fungsi Raja dari Sudut Politik (a)Sebagai ‘Simbol’ bangsa Sekiranya pada zaman dahulu. Raja merupakan payung kepada bangsanya, namun kini Raja hanya di pandang sebagai simbol dalam sesebuah sistem pentadbiran Beraja di Negeri-Negeri di Malaysia. Raja-Raja kini hanyalah tinggal sebagai simbol identiti bangsa sebagaimana keris yang dulunya merupakan senjata ampuh bagi orang