1.0 PENGENALAN 1.1 Maksud Terjemahan Istilah “Terjemah” berasal daripada perkataan Arab “Tarjamah” yang bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Selain itu, maksud “Terjemah” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memindahkan karangan dan lain-lain daripada suatu bahasa kepada suatu bahasa yang lain. Menurut Newmark (1981), mengatakan penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej dan atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Seterusnya, Nida (1969) dalam Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan (2003), mengatakan terjemahan membawa maksud ‘Penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja: pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya’. Selain itu, Catford (1965) pula memberi definisi terjemahan sebagai “The replacement of textual material in one language (source language) by equivalent textual material in another language (target language)”, yang bermaksud menyampaikan maklumat daripada bahasa sumber dengan mencari padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran. Manakala Larson (1984) pula berpendapat “…the goal of translator is to translate the meaning (message) of the source text into the natural forms of the receptor language” yang bermaksud matlamat terjemahan ialah menyampaikan mesej daripada bahasa sumber ke dalam bentuk yang bersahaja dalam bahasa sasaran. Mengikut Roman Jacobson (1959), terjemahan telah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu terjemahan intralingual, interlingual dan intersemiotik. Terjemahan intralingual bermaksud terjemahan yang dilakukan dalam bahasa itu sendiri iaitu dengan menghasilkan suatu teks daripada teks yang lain mengikut tafsiran penterjemah. Seterusnya, terjemahan 1