International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society ISLAC2013 475 PELABURAN EMAS DALAM KALANGAN PROFESIONAL MUSLIM DI UNIVERSITI SULTAN ZAINALABIDIN Dr. Nadhirah Nordin, Dr. RahimahEmbong, Siti Khatijah Ismail, Kasimah Kamaruddin, Zainun Mohamed Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan ZainalAbidin, Kampus Gong Badak Terengganu, Malaysia Email: nadhirahnordin@unisza.edu.my ABSTRAK Pelaburan emas merupakan satu alternatif yang bijak untuk menjaga kestabilan kewangan terutamanya semasa berlakunya kemelesetan ekonomi dunia.Perkara ini menjadi satu fenomena dalam kalangan umat Islam hari ini dengan wujudnya pelbagai bentuk produk, teknik dan pelan pelaburan emas di pasaran semasa.Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pelabur Muslim melabur dalam pelaburan emas, terdapat produk, teknik dan pelan pelaburan emas yang tidak patuh syariah dan tidak sah dari sudut undang- undang. Walaupun Parameter Pelaburan Emas yang patuh syariah telah difatwakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, adalah dikhuatiri terdapat pelabur Muslim walaupun berpendidikan tinggi tetapi masih tidak jelas tentang kriteria pelaburan emas patuh syariah. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah pelabur Muslim dalam kalangan professional memahami asas-asas pelaburan emas dan kepatuhannya dari sudut syariah. Kajian ini dilaksanakan secara strategi kajian lapangan (field studies) dan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Responden terdiri daripada 50 orang Muslim professional di Fakulti pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan ZainalAbidin (UniSZA). Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan tahap pengetahuan Muslim profesional di UniSZA tentangasas-asas pelaburan emas adalah sederhana. Manakala tahap kefahaman mereka tentang hukum pelaburan emas patuh syariah pula adalah memuaskan. Kata kunci: Pelaburan emas, patuh syariah, parameter,Muslim Profesional. PENDAHULUAN Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Keistimewaan emas dan kepentingannya dalam kehidupan manusia juga banyak termaktub di dalam al-Quran sepertimana firman-Nya: