Proceedings of the UniSZA Research Conference 2015 (URC ’15) , Universiti Sultan Zainal Abidin, 14-16 April 2015 1 Teknik Roleplay dalam Membina Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin Nik Murshidah Nik Din 1 , Rahimah Embong 2, Normila Noruddin 3 , Zaiton Mustafa 3 , Raja Hazirah Raja Sulaiman 3 , Mohd Taufiq Abdul Talib 3 dan Noor Anida Awang 3 1 Pensyarah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, murshidah@unisza.edu.my 2 Dr., Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam/ Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, rahimahembong@unisza.edu.my 3 Pensyarah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tentang penggunaan teknik Role Play dalam kaedah pengajaran komunikasi bahasa Arab untuk membantu memepertingkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu. Role Play merupakan satu teknik dalam kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar atau gaya pengajaran secara interaktif sebagai satu aktiviti dalam bilik darjah. Ia mula diperkenalkan bagi kaedah pengajaran bahasa Inggeris untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada amalan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Teknik Role Play berfungsi sebagai satu aktiviti berbahasa untuk meningkatkan kecekapan komunikatif pelajar. Teknik ini juga memberi peluang dan ruang yang maksimum kepada pelajar untuk mensimulasikan diri mereka kepada pengalaman kehidupan yang sebenar. Timbul permasalahan yang serupa timbul dalam pengajaran komunikasi bahasa Arab yang juga lebih cenderung kepada amalan kaedah pengajaran beerpusatkan guru. Meskipun kebanyakan pelajar dapat menguasai perbendaharaan kata dan tatabahasa BA dengan baik, namun mereka masih tidak mampu untuk mengaplikasikannya dalam bentuk komunikasi atau pertuturan seharian. Kaedah kajian adalah bersifat kualitatif. Rekabentuk kajian ialah kajian kes (case study) di lapangan kajian (field work) iaitu Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di UniSZA. Data akan dikumpulkan melalui teknik rakaman video, pemerhatian, temubual dan soalan kaji selidik. Kata kunci: teknik Role play, pengajaran bahasa Arab, kemahiran bertutur, bahasa Arab Komukasi.