| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 | 463 | MEDC 2018 KONSEP AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL *NOR IZZATI ABDUL LATIF & RAHIMAH EMBONG Universiti Sultan Zainal Abidin *zati0904@gmail.com Abstrak: Pembangunan profesionalisme yang berterusan merupakan elemen penting yang yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kualiti guru amat dititikberatkan dalam memastikan pendidikan yang terbaik dapat diberikan. Maka satu pendekatan telah diperkenalkan dengan pembudayaan konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Keadaan ini dilaksanakan bagi menjayakan keberkesanan perubahan bilik darjah yang berlaku selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21 (PA 21). Justeru ini jelas menunjukkan bahawa pembangunan profesionalisme kalangan guru perlu dijalankan di semua peringkat . Amalan ini mampu mengubah budaya pembangunan profesionalisme guru sekaligus mewujudkan pendidikan yang lebih bermakna. Selain daripada itu juga, pemimpin sekolah perlu bertindak secara pro aktif bagi memastikan perkongsian pintar dengan pemegang taruh (stakeholders) dapat ditingkatkan dalam usaha memperkasakan penyampaian pdpc. Berdasarkan senario tersebut, kertas konsep ini akan membincangkan (i) definisi KPP (ii) konsep amalan KPP di sekolah dan (iii) isu-isu dalam pelaksanaan amalan KPP. Kata kunci: Komuniti Pembelajaran Profesional, kepimpinan pemimpin sekolah pembelajaran abad ke 21. PENGENALAN Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam memacu pembangunan sesebuah negara. Sekiranya elemen pendidikan diabaikan maka kemajuan yang diinginkan tidak dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, bidang pendidikan sering mengalami perubahan yang drastik kesan daripada perkembangan teknologi yang pesat. Statistik yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menyenaraikan beberapa buah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik seperti Finland, Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dalam memajukan pendidikan di sesebuah negara, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Antaranya termasuklah tahap profesionalisme keguruan yang merupakan pengurus instruktional di sekolah. Antara budaya positif yang yang diserapkan dalam sistem pendidikan negara-negara maju seperti Jepun, United States dan United Kingdom termasuklah Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) melalui amalan lesson study. Menurut Isoda (1997) amalan ini telah dilaksanakan di Jepun lebih seabad yang lalu. Amalan ini lebih mantap pada tahun 1960an dan kini telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di sekolah rendah (Fernandaz &Yoshida, 2004). Dalam membawa Malaysia ke arah persaingan ekonomi global abad ke 21 adalah amat penting memastikan bahawa pembangunan modal insan negara kita bertaraf dunia. Rentetan daripada itu Program Transformasi Kerajaaan (GTP1.0) telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di mana ianya memastikan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu menguasainya dengan baik. Objektif utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan memberi fokus kepada empat sub bidang iaitu Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018