56 TEORI DAN KAEDAH ANALISA TERHADAP NILAI APRESIASI MOTIF REKA CORAK TRADISIONAL MELAYU: SATU PERBANDINGAN UMUM THEORIES AND METHODS IN ANALYSING TRADITIONAL MALAY MOTIF DESIGNS: AN OVERVIEW COMPARISON Mohammed Iqbal Badaruddin 1 Jab. Seni Visual, Pusat Kebudayaan, Inst. Pengajian Siswazah, Universiti Malaya (Email: m_iqbal850@yahoo.com / iqbal688@kelantan.uitm.edu.my) Simon Soon 2 Jab. Seni Visual, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (Email: simonsoon@um.edu.my) Luqman Lee 3 Jab. Seni Visual, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (Email: luqlee@um.edu.my) Zaimie Sahibil 4 Program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusian, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah (Email: affymie@ums.edu.my) Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad 5 Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Caw. Kelantan (Email: luqman701@kelantan.uitm.edu.my ) Accepted date: 14-04-2019 Published date: 10-07-2019 To cite this document: Badaruddin, M. I., Soon, S., Lee, L., Sahibil, Z., & Saad, M. L. I. H. M. (2019). Teori dan Kaedah Analisa Terhadap Nilai Apresiasi Motif Reka Corak Tradisional Melayu: Satu Perbandingan Umum. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 2(5), 56-71. DOI: 10.35631/ijham.25005 ___________________________________________________________________________ Abstrak: Keunikan reka corak motif tradisional Melayu sentiasa mendapat pelbagai respon daripada audiens sama ada dengan cara menghargai, melestarikan, ataupun mendokumentasi. Kajian ini adalah mengenai rujukan terhadap beberapa teori dan kaedah yang digunakan dalam menilai sesebuah reka corak motif tradisional yang dihasilkan dalam alam Melayu. Teori dan kaedah yang dijadikan sebagai rujukan dilihat mampu membantu sesebuah kajian dalam menilai dan membuat interpretasi terhadap reka corak motif tersebut. Namun, wujud perbincangan tentang bagaimana sesebuah rekaan motif dinilai terutama kajian berbentuk kualitatif. Penyelidik membuat temubual berpanduan am terhadap beberapa orang pandai ukir dan ahli akademik yang terpilih sebagai proses mengumpul data primer. Manakala, proses mengumpul data sekunder adalah melalui rujukan penulisan ilmiah seperti majalah, buku, dan jurnal-jurnal yang mengkaji tentang keunikan reka corak motif tradisional Melayu. Kajian ini dapat memberi gambaran kepada penyelidik dalam merujuk beberapa teori sebagai kaedah untuk menganalisa sesebuah rekaan motif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, teori dan kaedah tersebut perlu mengikut kesesuaian kajian sama ada dalam bentuk kualitatif Volume: 2 Issues: 5 [June, 2019] pp. 56-71] International Journal of Heritage, Art and Multimedia eISSN: 2600-8262 Journal website: www.ijham.com