SBW 206 : ECONOMIC AND DEVELOPMENT POLICIES IN MALAYSIA Slot Tutorial : 5 pm – 6 pm Kumpulan 3 : Nur Nabihah binti Norizal Shamirah binti A.Khlid Nazirah binti Yaakub Logeiswari A/P Gunasegaran Priyatharshini A/P Manivanan REJIM 1 MAHATHIR : PERATURAN BARU (1981 – 1985) PENGENALAN Polisi Pertanian Nasional (1984) yang lebih memberi penumpuan kepada pertanian berskala kecil. Selain itu, buruh asing pula ditawarkan gaji yang rendah. DASAR PANDANG KE TIMUR Pada pertengahan tahun 1981, Mahathir telah mengumumkan Dasar Pandang ke Timur. Dasar ini merujuk kepada orientasi ekonomi asing dan juga telah dijadikan sebagai rujukan dalam pelbagai aspek pembangunan ekonomi dan bukan sahaja untuk mencontohi aspek-aspek spesifik kejayaan Jepun dan Korea Selatan dari segi pembangunan ekonomi. Dasar ini juga melibatkan penggalakkan negara-negara agensi perdagangan yang menggunakan ‘Japanese-Style Sogoshosha’ dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kepentingan sektor swasta dan penswastaan. Pandang ke Timur juga dikatakan lebih memihak kepada Jepun dan Korea Selatan dalam pembidaan tender kerajaan Malaysia. Dorongan Mahathir untuk Pandang ke Timur ini secara eksplisitnya merujuk kepada Jepun dan Korea Selatan. Hal ini demikian kerana antara empat negara Asia Timur NIC (Negara Baru Perindustrian), Hongkong dan Singapore tidak layak ekoran ciri-ciri ekonomi yang jelas berbeza. Oleh itu, hanya Taiwan dan Korea Selatan sahaja negara Asia Timur NIC yang menjadi pilihan tepat sebagai model. Pandang Ke Timur juga melibatkan banyak abstrak untuk bekerja lebih keras. Teras sebenar kempen ini adalah untuk mempromosikan disiplin buruh melalui penganjuran perhubungan perindustrian untuk menggalakkan kesetiaan kepada syarikat, tingkatkan produktiviti dan kurangkan kerugian.