144 JURNAL BAHASA JILID 17 BIL. 1 JUN 2017 PELESTARIAN DIALEK KELANTAN DI BESUT DAN KAITANNYA DENGAN PEMBENTUKAN JATI DIRI (The Preservation of the Kelantanese Dialect in Besut and Its Connection with Identity Formation) Siti Rahimah Mustaffa sitirahimah.upm@gmail.com Raja Masittah Raja Ariffn rajamasittah@upm.edu.my Adi Yasran Abdul Aziz adiyasran@gmail.com Mohd Sharifudin Yusop mosy@upm.edu.my Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, 43400 Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia. Abstrak Masyarakat Besut ialah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting untuk menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini bertujuan menghubungkaitkan dialek dengan jati diri masyarakat Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, kerangka teori pembentukan jati diri yang diubah suai daripada Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf dan teori gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut