ISLAMIYYAT 38(2) 2016: 103 - 109 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2016-3802-02) Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895 The Assessment of Kanun I Esasi 1876 as the Source for the Formation of the Johore Constitution 1895 Hanif Md LateH @ Junid izziaH Suryani Mat reSad @ arSHad aHMad f aatHin MoHd f adziL ABSTRAK Kanun I Esasi 1876 dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan yang telah dihasilkan pada abad ke-19M. Sarjana berpandangan Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah memberikan kesan dalam proses pembentukan perlembagaan tersebut. Melalui pandangan tersebut, kajian ini direncanakan melalui pemilihan Kanun I Esasi untuk dinilai dari segi persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teks. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan komparatif. Data kajian diperoleh daripada simpanan Arkib Negara Malaysia dan koleksi terbitan The American Journal of International Law. Kajian ini mendapati tiada jalinan khusus yang wujud antara Kanun I Esasi dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Oleh yang demikian, ketiadaan jalinan ini diperkukuhkan dengan pemerian berkenaan asas hubungan di antara Johor dan ‘Uthmaniyyah. Kata kunci: Perlembagaan ‘Uthmaniyyah; perlembagaan Johor; sejarah Johor-‘Uthmaniyyah ABSTRACT The Ottoman law, Kanun I Esasi 1876 and the Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 were written constitutions promulgated in the 19 th Century CE. Scholars are of the view that the Ottoman state had an impact in the process of forming the constitution of the state of Johore. Based on this view, this research is planned by selecting the Ottoman constitution, Kanun I Esasi, to be assessed for similarities and differences between the text of the two said constitutions. This research is a qualitative study which uses a comparative approach. Research data is obtained from the National Archives of Malaysia and publications collection of The American Journal of International Law. This research fnds that there was no specifc link between the Kanun I Esasi 1876 and the Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Therefore, the fnding of absence of any specifc link between the two constitutions is reinforced by the description of basic relations between the state of Johore and the Ottoman state. Keywords: Ottoman constitution; Johore constitution; Johore-Ottoman history PENGENALAN Idea kewujudan hubungan antara Tanah Melayu dengan Kerajaan ‘Uthmaniyyah sememangnya tidak dapat dinafikan. Hubungan tersebut berlaku dalam bentuk penganugerahan gelaran sultan oleh Kerajaan ‘Uthmaniyyah kepada penguasa kerajaan di Alam Melayu. ‘Uthmaniyyah pada masa tersebut merupakan antara kuasa besar dunia, ia dapat dilihat apabila Kerajaan ‘Uthmaniyyah memainkan peranannya sekitar abad ke-15M hingga 16M seperti menjaga Islam, wilayah Islam, jalan laut untuk pergi menunaikan haji, menjaga Makkah dan Madinah dan menjaga jalan perdagangan (Auni 2005: 5-6; Nurulwahidah & Ali 2011: 583-595; Nurulwahidah 2013: 9). Namun keadaan ‘Uthmaniyyah sedikit berbeza pada era pemerintahan Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor dari tahun 1862 hingga 1895. Keadaan ini berbeza kerana ‘Uthmaniyyah pada masa tersebut berada dalam keadaan lemah dan dalam proses untuk bangkit melalui proses tanzimat (pembaharuan). Oleh itu, perbezaan hubungan antara zaman di atas perlu dibezakan kerana kedudukan Kerajaan ‘Uthmaniyyah juga berbeza dari segi peranan dan kuasa di peringkat global. Hubungan yang wujud antara kedua-duanya tidak dinafikan, tetapi sejauh mana kesan dan implikasi hubungan tersebut perlu dinilai agar tidak berlaku penilaian yang bias atas faktor terjerat dengan keutuhan Kerajaan ‘Uthmaniyyah pada zaman silam. Walaupun begitu, kenyataan Ahmad Fawzi berkenaan hubungan Johor dan ‘Uthmaniyyah dalam konteks perundangan tidak boleh diabaikan. Beliau menyatakan: Islamiyyat 38(2) Bab 2.indd 103 5/15/2017 3:54:27 PM